Friday 2 March 2012

RAMLI YUSUF DAKWA AG PERGUNA SPRM

Oleh : HAFIZ YATIM

MANTAN Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sehingga menyebabkan beliau dan pegawainya didakwa di mahkamah.

Dakwaan itu dibuat Ramli ketika menyampaikan ucapan dalam satu majlis sambutan hari lahirnya malam tadi.

Katanya, kesemua dakwaan yang dihadapinya itu bermula apabila pasukannya ditugaskan untuk mengambil tindakan ke atas seorang anggota sindiket yang dihantar ke Jeli, Kelantan untuk menjalani perintah tahanan terhad.

Lelaki didakwa terlibat dalam jenayah terancang, termasuk dalam kegiatan 'Along', loteri haram, pelacuran dan juga pengedaran dadah, kata Ramli.

"Maklumat ini telah diberikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri pada waktu itu (Datuk Johari Baharom) dan perkara itu dianggap 'rahsia tertinggi' dan kes yang amat sulit.

"Kemudian, saya diberitahu untuk melaporkan kepada beliau secara terus selepas fail tersebut (siasatan) dilengkapkan," katanya dalam ucapan tersebut.

"Saya mengarahkan pegawai saya untuk (membuka) kes ke atas anggota sindiket itu, yang kemudiannya diserahkan kepada Timbalan Menteri berkenaan untuk tindakan di bawah perintah RR (tahanan terhad).

"Bagaimanapun selepas nasihat Peguam Negara, anggota sindiket berkenaan kemudiannya dibebaskan, tanpa syarat," kata Ramli.

"Sebaliknya, pegawai saya didakwa kerana mengambil kenyataan palsu dan rekaan yang melibatkan Ketua Polis Negara pada waktu itu (Tan Sri Musa Hassan).

"Pada masa itulah AG, Gani Patail memanggil fail kes asal itu, yang diklasifikasikan sebagai sangat sulit, dan menyerahkan kepada SPRM untuk mengganggu saksi," kata Ramli lagi.

7 comments:

  1. Hopefully the MACC will investigate each case thoroughly and take the necessary actions.

    ReplyDelete
  2. Those who has done wrong must bear the consequences of their actions.

    ReplyDelete
  3. SPRM sepatutnya menjalankan peranan mereka tanpa dipengaruhi oleh mana2 pihak.

    ReplyDelete
  4. So many MACC scandal. How the people are going to trust its transparency?

    ReplyDelete
  5. Further investigation is warranted for this matter.

    ReplyDelete
  6. Hopefully it will bring some light into this matter.

    ReplyDelete
  7. mana satu pihak yang boleh dipercayai?? PDRM atau SPRM?? takkan perlu wujudkan lagi satu badan yang bertindak menyiasat kedua2 badan penguatkuasa ini??

    ReplyDelete