Friday 23 March 2012

SABAH BELANJA LEBIH 70 % PERUNTUKAN



SABAH telah membelanjakan 75.5 peratus daripada peruntukan negeri dan 74.9 peratus daripada peruntukan Persekutuan bagi pelaksanaan projek pembangunan negeri tahun lepas.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin berkata projek pembangunan di bawah Koridor Pembangunan Sabah juga dilaksanakan dengan lancar dengan 98.4 peratus daripada peruntukan RM100.4 juta dibelanjakan tahun lepas.

"Kedudukan kewangan negeri juga kukuh hasil daripada pentadbiran yang cekap dan efisien serta langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan."

"Dengan sokongan serta keazaman penuh yang diberikan oleh kerajaan pusat dan negeri akan dapat melaksanakan lebih banyak program dan projek pembangunan biayaan kerajaan pusat melalui Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi sebagai peta panduan," katanya ketika merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini Khamis.

Menurutnya, pendapatan per kapita negeri turut meningkat daripada RM14,829 pada 2009 kepada RM17,242 pada 2010. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment