Thursday 8 March 2012

SABAH ISYTIHAR 11 APRIL CUTI UMUM

SABAH mengisytiharkan 11 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi negeri ini sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata Sabah tidak seharusnya terkecuali daripada meraikan pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 itu.

"Adalah wajar bagi Sabah untuk turut memberi cuti seperti yang diputuskan oleh kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri, di Kota Kinabalu, kelmarin.

Dalam perkembangan lain, Musa turut mengumumkan kenaikan elaun Ketua Masyarakat Cina (Kapitan) di negeri ini dari RM450 ke RM650 berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Kali terakhir elaun berkenaan dinaikkan ialah kira-kira lima tahun lalu iaitu dari RM230 ke RM450. (BERNAMA)

10 comments:

  1. Tahniah, bakal ditabalkan sebagai TYT Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Congratulations to Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

      Delete
    2. Adil buat Sabah kerana negeri lain pun cuti bila ada pertabalan YDPA. Tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

      Delete
  2. sama2 kita menyambut harus pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

    ReplyDelete
  3. This announcement is good for us too, we can have an extra day off. Will 11 April be listed as a public holiday every year or only for this year?

    ReplyDelete
  4. semua pun gembira bila ada pengumuman cuti:)jangan pula banyak cuti, kurang produktiviti.

    ReplyDelete
  5. Bagi yang bekerja, cuti umum sangat berharga.

    ReplyDelete
  6. Malaysia antara negara di dunia yang paling banyak cuti umum..

    ReplyDelete