Wednesday 21 March 2012

SADIKUL AKAN SERAH MARWAN KEPADA US



Oleh : MUTALIB M.D

GABENOR Tawi-Tawi, Haji Sadikul Sahali Adala ketika dihubungi Sabahkini.net sebentar tadi mengesahkan pihaknya sedang memburu dua militan yang paling dikehendaki di dunia, Zulkifli Hir @ Marwan dan Abdullah Ali @ Muawiyah yang sedang bersembunyi di Tawi-Tawi.

"Kali ini, jika berjaya, kita tidak akan serahkan mereka kepada Kerajaan Malaysia, sebaliknya terus kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Manila," ujar Sadikul yang kecewa dengan insiden dua tebusan Malaysia yang diculik di Sebangkat kerana Kerajaan Malaysia langsung tidak mengenang jasa beliau, temasuk 'sumbangan' lebih RM60,000 untuk membebaskan tebusan berkenaan.

Menurut Sadikul, Zulkifli dan Muawiyah serta beberapa orang pengikutnya berjaya dikesan bersembunyi di Pulau Tumbangan yang terletak di antara Siasi dan Languyan.

"Kita telah menghantar orang kepercayaan kita, Komander Jumdail bersama 400 tentera untuk melakukan tugas ini demi keamanan sejagat," kata Sadikul yang berikrar akan menangkap dua militan ini hidup-hidup.

Dalam pada itu, ketika dihubungi, Komander Jumdail menjelaskan bahawa beliau telah menghantar menantunya untuk berunding dengan Kapten Murphy di Siasi dan besannya, Azman agar menyerahkan dua militan berkenaan atau ditangkap kerana memberi perlindungan kepada militan tersebut.

Sabahkini.net akan terus melaporkan perkembangan terkini di Siasi dalam masa yang terdekat, terutama kemungkinan Zulkifli @ 'Five Million Dollar Man' dapat melepaskan diri dari kepungan Komder Jumdail kerana kebijaksanaannya menyamar.

No comments:

Post a Comment