Tuesday 20 March 2012

SAPP JAYAKAN 'DENGAR, LIHAT, SELESAI'


PERGERAKAN Pemuda SAPP N.25 Klias telah menyiapkan kerja-kerja membaiki dan menaiktaraf gelanggang sepaktakraw Kg. Selagon, Beaufort tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar.

Menurut Naib Ketua Pemuda Klias, Rubinus Ewon, sebelum ini gelanggang tersebut telah menjalani kerja pembaikan yang dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh wakil rakyat, bagaimanapun gelanggang terlalu kasar serta berlubang di sana-sini dan tidak rata. Katanya keadaan gelanggang sebelum ini boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain dan memang tidak sesuai.

“Belia Selagon agak kecewa kerana projek yang dibuat begitu sambil lewa dan mereka tertanya-tanya bagaimana pembayaran kos projek itu boleh diluluskan sedangkan kerjanya tidak selesai dan tidak menepati spesifikasi kerja”, kata Rubinus lagi.

Oleh itu, melalui konsep pemuda “Dengar, Lihat, Selesai” Pergerakan Pemuda Klias mengambil inisiatif berbincang dengan Ketua Pergerakan Pemuda Klias, Ramlan Sajap bagi mencari dana dan kemudiannya melakukan kerja-kerja meratakan simen dan menggaris semula gelanggang secara bergotong-royong bersama belia Kg. Selagon. Lampu turut dipasang untuk membolehkan belia-belia di Kg. Selagon bermain di waktu malam.

Meskipun terdapat desas-desus mengatakan SAPP dilarang membuat pertandingan baru-baru ini sebagai galakan kepada belia, Rubinus berkata, “Pemuda SAPP boleh adakan pertandingan kalau belia kampung bersetuju walaupun bukan di gelanggang tersebut, kita baiki gelanggang atas dasar keprihatinan pada belia Selagon”.

Menurut Rubinus lagi, Pemuda SAPP melakukan kerja-kerja tersebut adalah sebagai hadiah kepada belia-belia agar mereka aktif dalam kegiatan sukan dan terhindar dari gejala kurang elok.

No comments:

Post a Comment