Wednesday 7 March 2012

SASAR HASIL 35,000 TAN RUMPAI LAUT

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan pengeluaran 35,000 tan metrik rumpai laut tahun ini menerusi penglibatan 11 syarikat dalam Projek Estet Mini Rumpai Laut di Sabah.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata selain menggandakan pengeluaran, penglibatan syarikat itu bertujuan meningkatkan dan memperbaiki kaedah pengeluaran rumpai laut bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.

"Kita dapat menghasilkan 20,789 tan metrik rumpai laut pada 2010. Menerusi penggunaan kaedah terkini oleh 11 syarikat ini, tidak mustahil kita dapat menghasilkan jumlah yang lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian Projek Estet Mini Rumpai Laut dengan 11 syarikat peneraju itu di sini Selasa.

Syarikat yang terlibat dalam projek itu di Semporna ialah Avanova Group Sdn Bhd, Madesjaya Sdn Bhd, NIZH Goodwill Sdn Bhd, Perdana Seaweed Farm Sdn Bhd, Pertubuhan Peladang Kawasan Semporna, SALS Agriculture Sdn Bhd, Sebangkat Reef Eco Plant Sdn Bhd, UMS Link Holdings Sdn Bhd dan VC United Sdn Bhd.

Dua syarikat yang terlibat dalam projek itu di Kunak pula ialah Ko-Nelayan Sabah dan Persatuan Nelayan Kawasan Kunak. (BERNAMA)

14 comments:

  1. perniagaan rumpai laut mmg menguntungkan, pasarannya amat baik.

    ReplyDelete
  2. Business yang menguntungkan, siapa yang buat business tu mesti senyum lebar.

    ReplyDelete
  3. Jika usaha berterusan pasti apa yang disasarkan akan tercapai.

    ReplyDelete
  4. Semoga projek ini akan terus mendapat permintaan dari luar.

    ReplyDelete
  5. kerajaan wajar menggalakkan kepelbagaian bentuk ekonomi di negeri ini.. gunakan segala potensi yang ada tanpa menjejaskan alam sekitar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka yang berminat untuk ceburi bidang seperti ini pula kena rebut peluang yang ditawarkan.

      Delete
  6. Semoga Kementerian Pertanian dan Asas Tani sentiasa aktif dalam memperkasakan bidang pertanian di negara ini seterusnya membuka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk menceburinya.

    ReplyDelete
  7. Seaweed farming is the practice of cultivating and harvesting seaweed. In its simplest form, it consists of the management of naturally found batches. In its most advanced form, it consists of fully controlling the life cycle of the algae.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In the early 1970s there was a recognized demand for seaweed and seaweed products, outstripping supply, and cultivation was viewed as the best means to increase productions

      Delete
    2. Cultivation of seaweed in Asia is a relatively low-technology business with a high labour requirement. There have been many attempts in various countries to introduce high technology to cultivate detached plants growth in tanks on land in order to reduce labour, but they have yet to attain commercial viability.

      Delete
    3. Seaweed farming helps to preserve coral reefs by increasing diversity where the algae and seaweed have been introduced and it also provides added niche for local species of fish and invertebrates.

      Delete
    4. Farming may be beneficial by increasing the production of herbivorous fishes and shellfish in the area.

      Delete
    5. The high demand in seaweed production provides plentiful opportunities and work for the local community.

      Delete
  8. I am joining the band-wagon. I want to seek my million with the seaweed.

    ReplyDelete