Wednesday 14 March 2012

SELESAIKAN 'MAJOR PROBLEM' SECARA TUNTAS



PADA 09 Mac 2012, satu lagi sejarah tercipta di daerah Tenom, khususnya di kawasan Melalap dengan Pelancaran Parti STAR oleh Datuk Dr Jeffrey G Kitingan yang dihadiri 500 orang membuktikan Agenda Borneo semakin diterima di Sabah.

Semasa ucapan Ketua Bahagian Star Tenom, Hasmin Azroy Abdullah menggesa seluruh masyarakat Melalap agar bersama-sama beliau memastikan perjuangan menuntut kuasa autonomi rakyat Sabah akan dapat direalisasikan.

Agenda Borneo katanya, bukanlah cakap-cakap politik semata-mata tetapi perjuangan ini jelas membela nasib rakyat Sabah yang tertindas selama ini. Penindasan itu pula bukanlah sebuah rekaan untuk mendapat simpati, tetapi beserta fakta yang jelas dan tidak mampu disangkal oleh mana-mana pihak.

Turut disentuh ialah tentang masalah-masalah yang berlaku di Sabah seperti ketidakseimbangan perjawatan sektor awam di Sabah yang kelihatan meminggirkan keupayaan sebenar rakyat Sabah, sistem jalanraya yang teruk, pembangunan yang lembab, pengangguran dan pelbagai lagi.

Semua masalah ini sebenarnya hanyalah ’minor problem’. Semua masalah ini berpunca dari satu ‘major problem’ iaitu Perjanjian Malaysia 1963 beserta 20 Perkara yang tidak dipatuhi. Jadi sebelum ‘minor problem’ ini diatasi, kita harus menggembleng tenaga dan usaha untu memastikan ‘major problem’ ini diselesaikan secara tuntas.

Beliau yang juga Ketua Pemuda STAR Sabah turut mengingatkan kepada golongan muda supaya bangkit berjuang demi kelangsungan hidup bermaruah generasi akan datang dan tidak hanya melihat atau menanti sehingga menjadi ‘lebih berusia’ baru hendak memulakan langkah perjuangan.

Pada masa itu nanti, segalanya telah terlewat. Dengan kebanjiran PTI sekarang ini memungkinkan mereka menjadi pemimpin di Sabah kerana bantuan pihak yang tidak bertanggungjawab memberikan mereka Mykad. Jika perjuangan tidak digerakkan sekarang, Sabah pasti akan dipimpin oleh orang asing kelak.

Pada majlis yang sama, dalam ucapan perasmian, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Pengerusi Parti Star Sabah turut mengingatkan bahawa Sabah sebenarnya sebuah negeri yang sangat kaya. Jika kekayaan ini diagihkan secara adil kepada rakyat Sabah, Sabah pasti menjadi antara negeri yang terkaya dan bukan termiskin di Malaysia.

Lebih kurang RM40 Billion setahun hasil Sabah namun Sabah hanya mendapat jumlah yang sangat kecil setiap tahun kerana kehilangan kuasa autonomi seperti kuasa memungut cukai sedangkan dalam Memorandum 20 Perkara No 11 (Tarif dan kewangan) menyatakan dengan jelas bahawa Borneo Utara berhak mengawal kewangan, tabungan,dana pembangunan dan tarifnya sendiri.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Bahagian SAPP Melalap Jimmy Jawatah; dan Ketua Bahagian SAPP Kemabong, Saul Sally serta Ketua Pemuda USNO, Mohd Abdillah Timbasal; AMT USNO, Puan Leong Chau Chu.

Malah kehadiran AJK Tertinggi STAR Sabah khususnya sokongan Ketua Wanita, Melanie Annol menyaksikan acara bersejarah itu memberikan gambaran yang jelas bahawa Tenom begitu dekat dalam perjuangan STAR, walaupun berada jauh di pedalaman.

Majlis tersebut dilangsungkan di rumah Petrus Henricus, seorang peniaga yang selama ini tidak terlibat dalam politik, tetapi selepas mengetahui Agenda Borneo yang diperjuangkan oleh STAR, tanpa teragak-agak lagi beliau menyokong; bukan hanya setakat sokongan moral, tetapi turut memberikan sokongan material serta tenaga yang tidak berbelah bahagi.

Pada majlis itu juga menyaksikan ramai ahli PBS meninggalkan parti itu dan menyertai STAR khususnya AJK Pemuda PBS Tenom, Felix Martin dan Ketua Cawangan PBS Ulu Tepoh, Panus Ebin.

13 comments:

  1. Although Star has gotten more supporters lately, however, there are rumors saying the around 300 activist from UBF will be leaving the NGO due since it was perceived that the UBF has became a political tool for Star.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JK in Sabah politics via the Star is only aimed at dividing the opposition. JK might have a hidden agenda. JK was a very strong figure in the opposition but suddenly joined Star, a local-based party from Sarawak.

      Delete
  2. Maybe Jeffrey Kitingan has made the wrong move to go into politics when he should be fighting for the Sabahans with his UBF.

    ReplyDelete
  3. ia tak brmakna Star dah menjadi pilihan rakyat Sabah. Star masih baru dan perlukan byk usaha lagi.

    ReplyDelete
  4. STAR ada penyelesaian yang paling efektif untuk semua masalah major di Sabah ini? Cakap saja tidak dapat selesaikan masalah.

    ReplyDelete
  5. Sejauh mana STAR boleh pergi di Sabah?

    ReplyDelete
  6. STAR tidak harus membuat janji yang banyak. Jika tidak dapat ditunaikan, ini cuma membawa kesan yagn amat negatif.

    ReplyDelete
  7. STAR harus membuktikan kebolehannya.

    ReplyDelete
  8. menyatakan dengan jelas bahawa Borneo Utara berhak mengawal kewangan, tabungan,dana pembangunan dan tarifnya sendiri.

    Sabah harus meneruskan perjuangan 20 perkara. Hak & milik Sabah harus dipelihara. Sabah berhak juga mengendalikan hasil pendapat dan kewangannya.

    ReplyDelete
  9. Pada majlis itu juga menyaksikan ramai ahli PBS meninggalkan parti itu dan menyertai STAR khususnya AJK Pemuda PBS Tenom, Felix Martin dan Ketua Cawangan PBS Ulu Tepoh, Panus Ebin.

    semoga pertambahan ahli dapat menguatkan lagi kedudukan STAR di Sabah.

    ReplyDelete
  10. STAR mencuba untuk meluaskan sayap diseluruh Sabah. Namun itu tidak bermakna akan mengugat Kerajaan BN yang sedia ada. Kerana kita sedia maklum bahawa kerajaan BN sudah memberikan yang terbaik kepada Sabah. Tidak pernah lupa akan tanggungjawab kepada penduduk Sabah. Maka sebab itulah kenapa saya katakan tidak akan mengugat kedudukkan penyokong.

    ReplyDelete
  11. daripada menggesa rakyat untuk bersama2 beliau dan STAR, kenapa tidak buat gesaan supaya ketua parti STAR dapat bersama2 dengan parti pembangkang yang lain jika mahu memastikan kejayaan pembangkang merampas negeri ini pada pru akan datang??

    ReplyDelete
  12. baik STAR lupakan saja hasrat untuk membentuk kerajaan baru di negeri ini jika enggan bekerjasama dengan parti pembangkang Sabah yang lain..

    ReplyDelete