Saturday 17 March 2012

SIJIL HALAL, JAKIM KUATKUASA PENJARA


MULAI 1 Julai ini, pengusaha yang gagal mempamerkan sijil dan logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan berdepan hukuman denda dan penjara.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata jabatan itu akan melakukan pemantauan di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Kami akan membuat lawatan operasi di setiap premis mulai 31 Mac sebagai langkah pendidikan untuk pastikan setiap premis perniagaan mempunyai sijil halal dan tidak hanya mempamerkan logo halal sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata hanya sijil dan logo halal yang sah dikeluarkan oleh Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan diiktiraf.

"Sijil halal yang dikeluarkan pihak swasta tidak diiktiraf dan akan dikenakan tindakan. Semua ini termaktub di bawah Seksyen 16 Akta Perdagangan Dalam Negeri 2011," katanya.

Hakimah berkata sehingga Februari lalu, sebanyak 1,420 permohonan sijil halal telah diterima. (Bernama)

20 comments:

  1. Business who serve Muslim consumers must not only display the Halal Logo but also the certificate from Jakim, hopefully the business do so as instructed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengusaha haruslah mengikut peraturan yang ditetapkan.

      Delete
  2. Muslim consumers must be careful when eating out, make sure that the business have the legit Halal certification.

    ReplyDelete
  3. Bagus tu, untuk buktikan benar2 halal, sijil dan logo halal perlu dipamerkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..langkah ini dapat memastikan pengusaha benar-benar menggunakan bahan-bahan yang halal.

      Delete
  4. Ada sijil halal yang tidak sah ke?

    ReplyDelete
  5. Beliau berkata hanya sijil dan logo halal yang sah dikeluarkan oleh Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan diiktiraf.

    Penjelasan telah dibuat, harap masalah halal ini dapat penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  6. Tindakan harus diambil terhadap mana-mana pihak yang menggunakan sijil palsu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap selepas ini tiada lagi restoren yang menggunakan sijil palsu untuk menipu orang ramai.

      Delete
    2. mereka yang menggunakan sijil palsu wajar dikenakan tindakan.

      Delete
  7. Pihak berkuasa harus memastikan semua makanan halal mencapai kelayakan dimana kaum islam boleh menggunakan dengan lebih senang hati.

    ReplyDelete
  8. Im sure Jakim can resolve the matter effectively.

    ReplyDelete
  9. sijil halal yang dipamerkan kena pastikan ia benar2 asli. penguatkuasaan ini amat perlu bagi memastikan semua premis mematuhinya.

    ReplyDelete
  10. Just make sure the ori halal before consume the food.

    ReplyDelete
  11. Ikut peraturan yang di berikan, semua akan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, jika semua mengikut peraturan, pasti tiada masalah.

      Delete
  12. Alangkah bagus kalau JAKIM kuatkuasakan perkara sebegini dari dulu lagi.

    ReplyDelete
  13. Semoga JAKIM memandang serius mengenai sijil halal yang digunakan oleh pelbagai pihak.

    ReplyDelete
  14. harap semua pengusaha akan mengikuti peraturan yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  15. memandangkan sehingga hari ini masih ada kes dimana pengusaha gagal mempamerkan sijil dan logo halal, memang sesuailah tindakan tegas dikenakan terhadap pihak yang enggan mematuhi peraturan perniagaan di negara ini..

    ReplyDelete