Monday 5 March 2012

SOALAN BUKU LATIHAN SEJARAH RASIS?



Oleh : NIGEL AW

SEBUAH buku latihan sejarah bagi pelajar tingkatan lima yang memuatkan soalan tentang cara-cara mempertahankan status orang Melayu telah menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Salinan buku dan soalan itu dimuat-naikkan di Facebook pada 26 Februari dan telah dikongsi oleh hampir 3,000 pengguna lain.

Buku latihan sekolah menengah itu adalah sebahagian daripada siri latihan topikal yang diterbitkan oleh Oxford Fajar untuk pelajar tingkatan lima di bawah tajuk 'Effective Practise'.

Soalan yang dipertikaian adalah soalan pada halaman 31 yang berbunyi: "Sekiranya anda seorang pemimpin, nnyatakan dua langkah yang boleh anda lakukan untuk mempertahankan status quo Melayu."

Warga maya, Jack Lim yang memuat naikkan soalan itu, menulis di Facebook: "Saya singkap buku latihan sejarah anak gadis saya dan soalan itu menarik perhatian saya. Sedih anak-anak saya terpaksa belajar di negara ini. "

Selain itu, terdapat pelbagai bidasan dari pembaca lain berhubung soalan berkenaan.

"Ini adalah kerja mereka yang bersifat rasis tetapi bersembunyi di dalam sistem negara ini," kata Chin Yew Meng di Facebook, manakala Vincent Wong menambah: "Ini kerja orang sakit"

Walau bagaimanapun, ketika dihubungi, Pengurus Editorial Unit Sains Sosial, Oxford Fajar, Nurazizan Abdul Aziz menjelaskan bahawa soalan itu diambil dari luar konteks.

"Apabila soalan dibuat, ia dalam konteks 'orang Melayu menentang British', bukannya ‘orang Melayu menentang mana-mana kaum-kaum lain.’

"Jangan salah faham, ia adalah mengenai Malayan Union, bukan Melayu seperti kedudukan mereka sekarang," katanya.

Menurut Nurazizan, semua soalan telah dibuat berdasarkan buku teks yang ditetapkan oleh kerajaan kepada sekolah menengah, dan tidak ada niat di pihak penerbit untuk menyinggung sesiapa. (MKINI)

7 comments:

  1. Everybody has their own opinion regarding this matter. Different perspective from different people.

    ReplyDelete
  2. makin banyak isu tentang buku2 yang digunakan di sekolah sekarang. dalam tahun 1990-an dan awal tahun 2000 tiada pun timbul isu macam ni.

    ReplyDelete
  3. jika begini, buatlah tapisan terlebih dahulu sebelum terbitkan mana2 buku.

    ReplyDelete
  4. Clearly the justifications made by the one who claimed these text books as deemded racist are out of context. They should have read the recommended reading at the bottom of the question.

    ReplyDelete
  5. Moral of the story: make sure you have check all facts before jumping into any conclusion

    ReplyDelete
  6. Ada pihak sengaja mengambil kesempatan dalam hal ini.

    ReplyDelete
  7. ada banyak lagi bentuk soalan yang boleh digunakan tanpa perlu menyentuh soal kaum..

    ReplyDelete