Thursday 15 March 2012

SPR TUTUP PEJABAT KERANA HABIS BORANG?


DATUK Dr. Jeffrey Kitingan telah menyatakan rasa tidak percayanya bahawa Suruhanjaya Piliharaya (SPR) telah kehabisan borang pedaftaran pengundi baru.

Pengerusi STAR Sabah itu memaklumkan dia telah menerima rungutan dari para penyokong STAR di beberapa daerah yang menyatakan mereka yang mahu mendaftar sebagai pengundi baru sebelum pilihanraya akan datang tidak dapat berbuat demikian kerana telah diberitahu oleh semua Pejabat Pos di tempat mereka bahawa borang itu kononnya telah habis.

Sebagai contoh, katanya, para pemimpin STAR di Tenom telah bertanya di Pejabat Pos Tenom tetapi telah diberitahu borang telah habis dan apabila mereka menelefon Pejabat Pos Kota Kinabalu mereka diberi makluman yang sama, dan stok borang yang baru 'Belum sampai.'

“Saya tidak boleh menerima alasan bahawa SPR boleh menghadapi masalah yang begini kecil memandang SPRlah yang selama ini menggesa rakyat Malaysia agar mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi,” katanya. “Adakah mungkin ini satu daripada banyak permainan kerajaan mengurangkan borang kerana motif-motif tertentu?”

Dia meminta SPR agar memberikan penjelasan mengenai perkara itu, untuk menerangkan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku kerana masalah kehabisan borang SPR adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama-sekali.”

“Borang-borang ini tidaklah susah untuk dicetak, bukan seperti mengeluarkan kad pengenalan atau kad kredit,” ujarnya. “Jika sebuah akbar kebangsaan boleh mencetak sehingga 300,000 naskhah akhbarnya setiap hari, saya tidak nampak sebab kenapa sebuah organisasi kebangsaan seperti SPR boleh kehabisan borang yang berbentuk satu muka sahaja. Sepatutnya borang ini boleh dimuat turun dari laman sesawang SPR.”

“Jika benar seluruh Sabah telah kehabisan borang ini rakyat akan membuat tafsiran yang negatif dan percaya SPR mempunyai permainan tertentu,” tambahnya. “Malah, kami di STAR sekarang mensyaki mungkin ini adalah tindakan terancang untuk menghadkan atau menghentikan pendaftaran para pengundi baru di Sabah kerana ada pandangan bahawa para pengundi baru kebanyakannya bersikap anti-BN.”

21 comments:

  1. EC must always ensure that the forms will not run out by printing more forms when its nearly out of stock.

    ReplyDelete
  2. Its best for EC to print the forms immediately before more politicians make this matter a big deal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The EC should make all registration go on smoothly.

      Delete
  3. Harap kejadian seperti tu diberulang lagi.

    ReplyDelete
  4. To register as an voter, you don't necessary have to go to the Election Commission, in fact, you can easily register yourself as a voter in any post office or registration drives.

    ReplyDelete
  5. We have more than 312,000 Malaysians who still haven't registered as voters, all over the country there are around 1 million locations where you can register. Please do so before May to enable yourself to vote in this general election.

    ReplyDelete
  6. EC should make sure a clean list.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seharus juga EC memastikan senarai yang bersih, PRU harus dijalankan dengan adil dan bersih.

      Delete
  7. Kelemahan ini harus diperbaiki di masa akan datang.

    ReplyDelete
  8. Hope they can handle the issue well and be able to get the form ready soon.

    ReplyDelete
  9. Alternatively to register in other center.

    ReplyDelete
  10. kehabisan borang tak harus berlaku, seharusnya SPR menyediakan borang yang byk.

    ReplyDelete
  11. walau bagaimanapun, pendaftaran melalui online boleh dilakukan, ia lebih mudah.

    ReplyDelete
  12. Pendaftaran boleh dibuat di tempat lain juga sedangkan banyak pusat yang disediakan khidmat pendaftaran.

    ReplyDelete
  13. Borang yang mencukupi harus disediakan untuk menyenagkan kerja mendaftar.

    ReplyDelete
  14. EC harus baiki kesilapan ini.

    ReplyDelete
  15. SPR harus mempercepatkan proses menyediakan borang yang mencukupi untuk pendaftaran. Kesilapan yang kecil ini tidak harus juga diperbesarkan.

    ReplyDelete
  16. Masalah ini sepatutnya tidak terjadi. SPR kena lebih peka.

    ReplyDelete
  17. Kita mengharapkan PRU akan datang ini akan berjalan dengan lancar dan bersih. Teruskan usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik.

    ReplyDelete
  18. kenapa bukan Jeffrey sendiri sahaja yang mengesahkan dakwaan ini?? kenapa Jeffrey tidak menghubungi pihak SPR samada dakwaan itu betul atau tidak??

    ReplyDelete
  19. seperti sebelum ini, bila pihak SPR banyak mengeluarkan borang permohonan untuk mendaftarkan pengundi baru, tidak ada pula yang memuji tindakan SPR ini.. sebaliknya menuduh bahawa SPR mendaftarkan warga asing atau bermacam2 lagi tuduhan dan persoalan dilemparkan..

    ReplyDelete