Wednesday 21 March 2012

SYABU BERNILAI RM600,000 DIRAMPAS



By : WILLIE JUDE JUNAIDI

POLIS berjaya merampas dua kilogram dadah dipercayai jenis syabu bernilai kira-kira RM600,000 selepas menahan dua lelaki di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini Ahad lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata serbuan kira-kira jam 1.05 petang itu dibuat sebaik sahaja dua lelaki berusia 21 tahun itu melepasi pemeriksaan imigresen.

“Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua beg dibawa suspek kita menemui dadah jenis syabu yang disembunyikan di dalam bekas biskut bersama-sama pakaian.

“Suspek yang dalam perjalanan dari Johor Baharu ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supritendan Rahim Dolmat.

Menurut Hamza, serbuan itu dibuat hasil maklumat awam dan risikan pihak polis.

Katanya, pada masa ini pihak polis masih menyiasat sama ada suspek terlibat dengan mana-mana sindiket dadah.

Beliau memberitahu berdasarkan siasatan awal pihaknya percaya dadah berkenaan untuk pasaran tempatan. (theborneopost)

No comments:

Post a Comment