Sunday 25 March 2012

TIADA BUKAN MUSLIM HIRAKI PAS



Oleh : SHAZWAN MUSTAFA KAMAL (TMI)

DATUK Seri Abdul Hadi Awang telah menutup pintu untuk cadangan bukan Muslim dibenarkan memegang jawatan tertinggi dalam PAS kerana perkara itu jelasnya bertentangan dengan perlembagaan parti.

“Tidak masuk akal untuk bukan Muslim memegang jawatan Timbalan Naib Presiden PAS kerana ini negara Islam. Dalam negara komunis, ada bukan Komunis dilantik menjadi ketua? Mereka (bukan Muslim) tidak boleh dilantik mengisi jawatan tertinggi dan ini pegangan kita,” kata Presiden PAS itu dipetik News Straits Times kelmarin.

Namun begitu, beliau menambah bukan Muslim di dalam parti komponen Pakatan Rakyat (PR) boleh memegang jawatan menteri sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya.

Kenyataan Abdul Hadi (gambar) itu merupakan respon terhadap Ketua Kajiselidik PAS Dr Dzulkefly Ahmad yang mendakwa parti itu bersedia menerima bukan Muslim untuk dilantik menjadi Timbalan Presiden.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata parti itu bersedia untuk menerima tindakan Parti Keadilan dan Kebebasan Mesir (FJP) yang melantik intelek Coptic Christian Rafiq Habib sebagai Naib Presiden mereka tahun lepas.

Dzulkefli berkata tindakan itu tidak menyalahi Islam kerana hanya 'melibatkan urusan pentadbiran' dan dibenarkan kerana Islam menerima perubahan pembaharuan intelektual. Islam mampu bertahan mendepani zaman'.

Kenyataannya itu menerima kritikan hebat daripada pemimpin parti seperti Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Ulama Datuk Haron Taib termasuk pemimpin yang dilucut keanggotaannya, bekas Ketua PAS Selangor Datuk Hasan Ali.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sering mengkritik PAS ketika 22 tahun era pemerintahan beliau turut menyindir parti itu supaya melantik pemimpin DAP, Lim Kit Siang sebagai presiden mereka.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini berkata kenyataan Dzulkefly itu hanya bersifat teori dan sukar dilaksanakan berdasarkan keadaan semasa.

“Saya rasakan PAS harus kekalkan apa yang ada sekarang. Sekiranya bukan Muslim berminat, mereka boleh mengemukakan cadangan melalui sayap parti,” katanya dipetik Sinar Online.

Bagaimanapun, Mustafa menambah walaupun perlembagaan parti melarang bukan Muslim memimpin parti, beliau tidak memberi jaminan sekiranya berlaku perkara itu di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment