Thursday 15 March 2012

TIDAK BOLEH DIGUGUR TANPA BUKTI


SIDANG MEDIA...Abdul Aziz (tengah) bersama Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Jamdin Buyong (kiri) pada sidang akhbar itu.

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengesan seramai 13,000 pengundi berdaftar di Sabah berstatus meragukan yang kebanyakannya warga tua.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, walaupun daftar pemilih itu meragukan namun mengikut undang-undang sedia ada, SPR tidak dibenarkan menggugurkan nama pemilih berkenaan melainkan dengan bukti yang kukuh yang membolehkannya berbuat demikian.

“Kita nak potong terus tidak boleh kerana mengikut undang-undang, apabila seseorang itu sudah mendaftar, namanya tidak boleh digugurkan terus kecuali ahli keluarganya datang dan memberitahu bahawa orang itu sudah meninggal dunia.

“SPR sudah berusaha sedaya upaya untuk mencari orang itu termasuk mempamerkan nama mereka, menghantar CD kepada parti-parti politik dan pemimpin masyarakat, malah kita telah meminta bantuan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Mimos untuk mengesan dan membantu kita mencari orang itu tetapi tidak berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Taklimat Pegawai Pengurus, Penolong Pegawai Pengurus dan Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya bagi persiapan Pilihan Raya Umum (PRU) Negara ke-13, Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, di Pasific Sutera di sini, kelmarin.

Abdul Aziz berkata, secara keseluruhannya seramai 42,025 nama pengundi berstatus meragukan di seluruh negara.

Ditanya sama ada nama-nama pengundi yang meragukan itu kekal dalam daftar pemilih pada PRU ke-13 akan datang, beliau berkata: “Ya, mengikut undang-undang, nama mereka tidak boleh dipotong, takut orang itu masih hidup dan dia pengundi yang sah”.

Beliau berkata, kebanyakan pengundi berstatus meragukan di negeri ini berumur dalam lingkungan 90 tahun ke atas.

“Ada juga yang muda tapi tidak ramai, yang paling ramai ialah warga tua berumur lebih 90 tahun dan ada yang berumur sehingga 99 tahun.

“Mungkin orang ini sudah meninggal dunia, tapi keluarganya tidak melaporkannya kepada JPN,” katanya dan menambah pengundi berdaftar meragukan itu berada di seluruh Sabah dan melibatkan semua kaum.

Bagaimanapun Abdul Aziz, memberi jaminan bahawa pengundian berulang atau dua kali tidak akan berlaku pada PRU ke-13 akan datang kerana penggunaan dakwat kekal kini dibenarkan.

“Melalui penggunaan dakwat, kita dapat mengelak sebarang penipuan termasuklah penyamaran untuk mengundi bagi pihak orang lain.

“Kita juga menyediakan petugas-petugas untuk memantau keadaan semasa proses pembuangan undi bagi memastikan hanya orang yang layak dan berdaftar sahaja yang dibenarkan untuk mengundi,” katanya.

Penggunaan dakwat antara cadangan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Pilihan Raya yang diterima pakai oleh SPR untuk pilihan raya umum akan datang.

20 comments:

  1. I hope this coming election will be held with fair and clean.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its all needed more effort to make sure these.

      Delete
  2. Whenever a person(voter) passed away, his/her family member must inform the EC to avoid complication.

    ReplyDelete
  3. Maka sudah menjadi tanggungjawab SPR untuk menyiasat dan menyelesaikan keraguan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully the EC will be able to clean up the voter registration list before the next general election is held.

      Delete
  4. Even thought the dubious voters can be identified, the EC still needs to follow standard procedure before eliminating them from the voter list.

    ReplyDelete
  5. SPR harus memastikan senarai yang bersih dan amanah.

    ReplyDelete
  6. Pengguna dakwa masih cara yang lebih berkesan untuk mengelakkan "fraud".

    ReplyDelete
  7. Untuk mengugurkan senarai harus juga mengikuti prosedur yang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata no name, harus juga mengikut cara yang betul untuk mnengugurkan senarai. Ini untuk menjamin hak warganegara.

      Delete
  8. Tanggung jawab masing-masing untuk memastikan senarai yang terkini.

    ReplyDelete
  9. nama yang meragukan tersebut harus disiasat dgn teliti dan pastikan ia benar. jika ia didapati tidak benar sebaiknya ia digugurkan.

    ReplyDelete
  10. senarai nama pemilih SPR seharusnya diselaraskan dgn data2 di JPN, dgn ini pasti dpt ketahui samada nama2 tersebut benar atau tidak.

    ReplyDelete
  11. Walau apa pun sebabynya, p/raya kali ini wajib bebas dari manipulasi, pengundi hantu dan lain2 masalah yang mencemarkan keuputusan sebenar.

    ReplyDelete
  12. not easy to have a clean list of voters as the issue not the first day been brought up.

    ReplyDelete
  13. Senarai yang diragui itu harus disiasat dan dikeluarkan dari senarai jika dibuktikan tidak layak.

    ReplyDelete
  14. RCi harus ditubuhkan untuk mengenalpasti masalah projek ic.

    ReplyDelete
  15. Semoga PRU dijalankan tanpa kawalan mana-mana kuasa kuat.

    ReplyDelete
  16. Sebaiknya cari jalan yang perlu untuk menyelesaikan kes keraguan ini. Kerana kita mahu melihat sendiri SPR bertindak tegas dan menyiasat sendiri mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  17. sebab itulah banyak senarai nama yang meragukan.. orang ramai terutamanya penggundi atau keluarga pengundi tidak memberikan kerjasama untuk mengemaskini daftar pemilih..

    ReplyDelete