Sunday 18 March 2012

TUNKU PUNCA PERISTIWA 13 MEI?


DARI SURAT Dr Mahathir kepada Tunku ini, jelas yang dipersalahkan oleh Dr Mahathir kerana terjadinya 13 Mei 1969 adalah Tunku Abdul Rahman sendiri. Jadi, hairan saya kenapa Ibrahim PERKASA menyalahkan orang Cina pula. Selamat membaca dan kembali ke zaman 60-an.

SURAT TERBUKA DR MAHATHIR KEPADA TUNKU

Y.T.M. Tunku,

PATEK berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari

Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(DR. MAHATHER BIN MUHAMMAD)

17 Jun 1969

19 comments:

  1. Ibrahim Ali has always tried to put the blame on the Chinese regardless of what happened, this is what we called racism.

    ReplyDelete
  2. Hopefully this letter will clarify this issue to prevent the same issues from being repeated on 13 May 1969.

    ReplyDelete
  3. The 13 May, 1969 Incident is a term for the Sino-Malay sectarian violence in Kuala Lumpur (then part of the state of Selangor), Malaysia, which reportedly began on 13 May 1969. The racial riots led to a declaration of a state of 'national emergency' and henceforth, resulted in the suspension of Parliament by the Malaysian government, while the National Operations Council (NOC or Majlis Gerakan Negara, MAGERAN) was established to temporarily govern the country between 1969 and 1971.

    ReplyDelete
  4. Officially, 196 people were killed between 13 May and 31 July 1969, as a result of the riots, although journalists and other observers have stated much higher figures. Other reports at the time suggest over 2,000 were killed by rioters, police and Malaysian Army rangers, mainly in Kuala Lumpur. Many of the dead were quickly buried in unmarked graves in the Kuala Lumpur General Hospital grounds by soldiers of Malaysian Engineers.

    ReplyDelete
  5. The government cited the riots as the main cause of its more aggressive affirmative action policies, such as the New Economic Policy (NEP), after 1969.

    ReplyDelete
  6. In the decades since the riots, the Barisan Nasional coalition government which has ruled unabated since independence has pinned the blame for the incident solely on the opposition Democratic Action Party, which is Chinese-based.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Diharap peristiwa tu tidak berulang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..harap peristiwa seperti itu tidak akan berulang lagi.

      Delete
  9. ibrahim ali dan PERKASA hanya tahu memporak-porandakan dan menghancurkan perpaduan di kalangan rakyat dengan memainkan isu perkauman dan agama secara terbuka...golongan ini harus dikekang habis-habisan kerana jika dibiarkan merekalah yang akan menyebabkan negara kita hancur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibrahim Ali seharusnya tidak perlu mengeluarkan apa2 keyataan yang boleh menyebabkan perbalahan kaum.Tidak perlu memainkan isu perkauman.

      Delete
    2. banyak pihak yang tidak bersetuju dengan Ibrahim Ali ni..

      Delete
  10. apapun, kita haru bersatu padu dan saling menghormati, jgn biarkan peristiwa seprti 13 Mei
    berlaku lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap peristiwa 13 mei tidak akan berlaku lagi. kekal kn keamanan yang ada sekarang.

      Delete
    2. setuju ferlo, lebih baik jika kita semua meningkatkan perpaduan yang ada..

      Delete
  11. Yang penting sekarang belajar dari kesilapan. Mari kita sama-sama memperjuangkan slogan 1 Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..konsep 1Malaysia memang baik dan harus diamalkan.

      Delete
  12. kita semua haruslah mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang wujud sekarang ini.

    ReplyDelete
  13. kenapa perlu timbulkan cerita lama ini?? kenapa perlu timbulkan cerita 13 Mei yang telah lama berlalu?? atau ada pihak yang cuba membangkitkan semula rusuhan seperti 13 Mei sebelum pilihanraya umum 13??

    ReplyDelete