Sunday 18 March 2012

UMNO SIASAT DAKWAAN BN BELI UNDI


SIASAT.....Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata siasatan dibuat bagi memastikan sama ada benar atau tidak veteran Umno itu mengeluarkan kenyataan tersebut.

LEMBAGA Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung isu Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang dilapor mendakwa BN membayar pengundi kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada pilihan raya umum lepas.

Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata siasatan dibuat bagi memastikan sama ada benar atau tidak veteran Umno itu mengeluarkan kenyataan tersebut.

“…kalau betul kita (lembaga disiplin) akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya, di sini hari ini.

Tengku Adnan diminta mengulas mengenai laporan media kelmarin yang antara lain menyebut bekas Menteri Penerangan itu menafikan beliau mengeluarkan dakwaan tersebut.

Pada Januari lepas, Abdul Kadir dilapor mendakwa BN membayar antara RM200 dan RM1,000 kepada pengundi di kawasan berkenaan agar memilih calon BN pada pilihan raya umum itu.

Jejas imej parti

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata selaku bekas pemimpin Umno yang masih memegang jawatan Bendahari Umno Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Abdul Kadir tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti.

“Jika beliau berasakan Umno tidak betul, mengapa beliau tidak keluar parti?” kata Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya.

Katanya BN dan Umno tidak pernah dan tidak perlu membeli undi pada pilihan raya umum.

Beliau juga menasihatkan Abdul Kadir agar berbincang dengan parti sekiranya ada perkara yang tidak disenanginya. (Bernama)

22 comments:

  1. Hope that this allegation regarding the vote buying activities will be investigated to prove what Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir said.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah jika pekara tersbut disiasat untuk mengetahui kesahihannya.

      Delete
  2. Hopefully the Electoral Commission will ensure that the next general election will be fair and clean to uphold the democratic practice within the country.

    ReplyDelete
  3. Apa2 hal pun perlulah disiasat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..siasatan untuk mengetahui sama ada dakwaan tersebut benar atau tidak.

      Delete
  4. Just go ahead with RCI. More question can be answer.

    ReplyDelete
  5. Dakwaan ini bukan kali pertama.

    ReplyDelete
  6. Segala dakwaan harus bersamaan dengan bukti yang sah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju anon, setiap dakwaan haruslah ditunjukkan juga buktinya.

      Delete
  7. Dakwaan ini pasti menjejas imej baik parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap perkara ini dapat di siasat dengan segera, ini akan menjejaskan nama baik parti.

      Delete
  8. kini kadir pun sudah meletak jawatan dalam parti..

    ReplyDelete
  9. This allegation would surely give BN a bad name.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This allegation must be supported with proof.

      Delete
  10. Sheik fadzir kerana tidak diberi jawatan dia mula nak memburukkan BN. orang mcm ni tidak harus diberi peluang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sheik Fadzir memang tiada pendirian, tidak seharusnya beliau memburukkn nama baik BN.

      Delete
    2. mungkin juga ferlo, bila tidak diberikan jawatan mulalah bising-bising.

      Delete
  11. Perlu ada bukti yang kukuh untuk mengesahkan dakwaan ini.

    ReplyDelete
  12. Memang kita mahukan perkara ini disiasat untuk mencari kebenaran atas dakwaan veteran UMNO itu sendiri.

    ReplyDelete
  13. tunggu saja apa hasil siasatan tentang pekara ini nanti.

    ReplyDelete
  14. masa muda2 dulu dia tidak pula bangkitkan isu ini.. bila sudah sampai umur pencen baru sibuk cerita yang buruk2 berkenaan dengan parti yang pernah memberikan kemewaan kepada beliau..

    ReplyDelete
  15. baik Abdul Kadir tinggalkan saja umno dan sertailah parti lain yang boleh memberikan jawatan lebih tinggi atau yang berpotensi untuk menang pilihanraya kali ini..

    ReplyDelete