Friday 2 March 2012

UTAMAKAN KERETAPI PANGI- RAYOH



Oleh: JACKSON LU

KERAJAAN digesa agar tidak mengenepikan niat asalnya untuk menaiktaraf perkhidmatan keretapi, khususnya pembelian jentera lokomotif baru bagi mengatasi masalah kekerapan perkhidmatan tergendala di kawasan Pangi dan Rayoh kerana jentera yang tidak ekonomi dibaiki lagi.

Demikian diluahkan Ketua Kampung Kg Pangi, Udin Bangkiwoh (gambar), sebagai mengulas laporan menyebut bahawa kerajaan akan membina satu lagi projek pembangunan komersil Stesen Keretapi Tanjung Aru bernilai RM3 billion.

Projek tersebut telah dilancarkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman pada minggu lepas yang bertujuan untuk terus mengukuhkan Sabah sebagai pintu utama untuk pelaburan dalam rantau ini, termasuk wilayah Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina dan kawasan BIMP-EAGA.

Katanya, beliau memahami niat kerajaan itu sebagai langkah penambahbaikan perkhidmatan JKNS, namun masalah mereka di sekitar Pangi dan Rayoh pula tidak pernah diselesaikan sejak lebih 20 tahun lalu.

Bagaimana pun tegas Udin, setidak-tidaknya kerajaan perlu memberi keutamaan kerja menaiktaraf perkhidmatan dan landasan sehingga siap sepenuhnya sebelum sesuatu projek lain dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

“Kita berbangga mempunyai stesen komersil keretapi Tanjung Aru yang tercanggih yang bernilai RM3 billion apabila siap kelak, tetapi apalah ertinya kalau keadaan kami di Pangi dan Rayoh masih menggunakan Keretapi Indiana Jones?" kata beliau.

Udin menggesa agar Kerajaan tidak menyamakan kampung mereka dengan Halogilat yang mempunyai akses jalanraya ke Beaufort dan perkhidmatan keretapi; sebaliknya mereka bergantung penuh kepada perkhidmatan keretapi kerana tiada jalanraya.

“Kita tidak boleh bergantung seratus peratus dengan fizikal jentera yang ada sekarang kerana ia bukannya jentera baru yang boleh bertahan lama. Maksud kami ialah meminta kerajaan supaya jentera lokomotif yang ada sekarang yang sudah berusia lebih 30 tahun supaya diganti baru; tetapi bukan jenis yang terpakai, " ujar Udin bagi menambah keyakinan dan keselesaan pelancong yang mendatangi Tenom untuk aktiviti Water Rafting.

7 comments:

  1. “Kita tidak boleh bergantung seratus peratus dengan fizikal jentera yang ada sekarang kerana ia bukannya jentera baru yang boleh bertahan lama. Maksud kami ialah meminta kerajaan supaya jentera lokomotif yang ada sekarang yang sudah berusia lebih 30 tahun supaya diganti baru; tetapi bukan jenis yang terpakai, "

    maka itu, peruntukan perlu ditambah lagi untuk memperbaiki perkhidmatan ke arah yang lebih baik.

    ReplyDelete
  2. Semoga kerajaan akan menaiktaraf landasan yang berkaitan dari Beaufort dan Tenom.

    ReplyDelete
  3. perkhidmatan keretapi di Sabah perlu dinaiktaraf lagi.

    ReplyDelete
  4. In excitement to pursue development, don't neglect the existing problems that need to be overcome.

    ReplyDelete
  5. While waiting for the purchase of a brand new locomotives, perhaps for the time being the railway department should acquire mechanics to maintain the existing old ones.

    ReplyDelete
  6. In time, hopefully with the completion of the Tanjung Aru Railway line will be able to address this matter.

    ReplyDelete
  7. biarlah penambahbaikkan itu dilakukan secara berperingkat2..

    ReplyDelete