Monday 12 March 2012

V.K.LIEW HARGAI PERANAN PDRM



TERIMA KASIH....ASP Gun menerima sumbangan dua set komputer daripada V.K Liew.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

MASYARAKAT harus menghargai peranan dan tugas anggota Pasukan Polis Marin dalam melaksanakan tugas demi menjaga keselamatan dan keamanan di perairan negara, khususnya di Sandakan.

Tanggungjawab yang dipikul oleh setiap anggota dalam menjaga dan mempastikan setiap sudut perairan dalam keadaan selamat memang cukup berat. Tanggungjawab yang mereka pikul ini adalah amanah sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa ketika berhadapan dengan musuh yang tidak diundang.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kiong berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Mesra dan penyampaian sumbangan dua unit komputer kepada Pasukan Pois Marin di Pangklan Polis Marin Wilayah 4 Sandakan, kelmarin.

"Sebagai Ahli Parlimen Sandakan, saya tidak mengabaikan tanggungjawab saya untuk membantu semua pihak termasuk Pasukan Polis Marin, kerana mereka juga pengundi saya.

“Kita tahu ramai anggota Polis marin mengundi di kawasan Sandakan untuk mengenang jasa-jasa mereka semasa pilihanraya maka saya tidak akan melupai jasa-jasa pengundi,” kata V.K.Liew.

V.K Liew berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didukung oleh rakyat akan terus memainkan peranan penting ke arah menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira darjat untuk mendapatkan apa juga bantuan yang diperlukan.

ALBUM....Datuk V.K Liew bergambar dengan Pegawai Kanan dan Anggota Polis Marin.

Terdahulu, dalam ucapan alu-aluan Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sandakan, ASP Gun Ping Sin antara lain menyatakan, beliau bagi pihak PDRM khususnya Pasukan Polis Marin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Sandakan kerana prihatin terhadap pasukan Polis Marin Sandakan atas kesudiannya memberikan dua set komputer untuk kegunaan bahagian pentadbiran.

“Kami selaku pegawai kerajaan akan sentiasa menyokong dasar-dasar kerajaan yang memerintah kerana kerajaan BN banyak membawa kemajuan dalam pelbagai aspek prasarana dan pembangunan perdana serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum,” ujarnya.

Semasa ditanya Sabahkini.net, ASP Gun menjelaskan bahawa jumlah anggota termasuk pegawai-pegawai kanan yang tempatkan di pangkalan Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Sandakan ialah seramai 120 orang, sementara 50 orang lagi adalah anggota bahagian Teknikal dan kejuruteraan.

6 comments:

  1. Bertugaslah sebaik mungkin, jaga negara dan rakyat sebaik mungkin. Mudah2an kurang kadar jenayah di Sabah.

    ReplyDelete
  2. PDRM berperanan dalam menjaga keamanan negara kita. byk jasa dan pengorbanan mereka. kita harus hargainya.

    ReplyDelete
  3. Sumbangan tidak seberapa namun sekurangnya ia berguna untuk memudahkan kerja.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas sumbangan tersebut. Semoga pihak polis akan meneruskan usaha mereka untuk memastikan keselamatan rakyat akan terus terjamin.

    ReplyDelete
  5. bukan senang menjaga keselamatan dan keamanan perairan Sabah.. namun, susah atau tidak, itu adalah tugas mereka.. saya harap keperihatinan VK Liew terhadap pasukan polis marin ini akan mendorong mereka untuk melipatgandakan usaha dalam menjaga perairan negara..

    ReplyDelete
  6. Harap mereka menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Jangan mencemarkan imej PDRM walau di mana2 berada.

    ReplyDelete