Friday 23 March 2012

WANITA UMNO TEGUH SOKONG AZIZAH




Oleh : ABU BAKAR ESAH

PERGERAKAN Wanita Umno Bahagian Beaufort akan terus memberi sokongan padu kepada Ketuanya, Datuk Azizah Mohd Dun walaupun UMNO Beaufort tidak bercadang mencalonkan Azizah dalam PRU-13.

Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort, Munah Jikri berkata Azizah yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias itu mempunyai daya kepimpinan yang baik dan berkhidmat dengan komited serta penuh tanggungjawab semada dalam parti dan kerajaan.

“Kami pergerakan Wanita Beaufort adalah orang Umno yang sentiasa taat dan setia kepada parti dan pemimpin apatah lagi pemimpin itu telah lama menunjukkan khidmat yang cemerlang untuk parti dan sentiasa mendengar denyutan nadi rakyat akar umbi.

“Dalam parti beliau mendapat kepercayaan parti peringkat nasional apabila berjaya menduduki kerusi Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia selain menjawat jawatan Naib Ketua Wanita Umno Sabah,” katanya sambil menambah di bawah pimpinan Azizah Wanita Umno Beaufort sudah siap siaga untuk menghadapi pilihanraya.

Munah berkata berkata demikian ketika mengulas kenyataan berhubung laporan media yang disiarkan di akhbar New Sabah Times bertajuk 'Umno Beaufort putuskan tidak cadang Azizah sebagai calon PRU-13' pada 22 Mac lalu.

Munah berkata, Azizah yang pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia ketika menjadi Ahli Parlimen Beaufort telah berjaya membawa perubahan kepada pembangunan di Daerah Beauforf dan Kuala Penyu.

“Selama perkhidmatannya sebagai menteri dan wakil rakyat, beliau sentiasa turun padang dan tidak pernah mengenal penat lelah demi memastikan pembangunan kawasan dan kebajikan penduduk,” katanya enggan mengulas lanjut mengenai,” katanya sambil menyifatkan kenyataan terbuka oleh Setiausaha Umno Bahagian Beaufort, Jusih Sarin sebagai tidak rasional.

“Umno Bahagian Beaufort tidak wajar membuat kenyataan sedemikian kerana hanya presiden parti yang berhak menentukan calon.

“Apapun persepsi segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab kami yakin Ketua Wanita Beaufort bersedia dipanggil oleh YAB Presiden untuk memberi penjelasan atas apa sahaja perkara yang berlaku di Bahagian Beaufort sekiranya diperlukan,” katanya.

No comments:

Post a Comment