Tuesday 13 March 2012

WILDLIFE EXPEDITION LESAPKAN GAJI PEKERJA


Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto :SAFFIE S JUMADI

SERAMAI 50 orang pekerja Wildlife Expeditions Sdn Bhd yang berpejabat di Tingkat 9, Wisma Khoo Sandakan mendakwa mereka telah menjadi mangsa penipuan oleh syarikat berkenaan kerana gagal membayar gaji kepada mereka sejak Julai 2011.

Jurucakap mereka, Roslan Hussain memberi tahu kepada Sabahkini.Net dalam satu temubual eksklusif kelmarin bahawa syarikat tersebut bukan sahaja tidak membayar gaji pekerjanya, malah turut 'melesapkan' caruman KWSP yang dipotong daripada gaji pekerja sebelum ini.

"Gaji kami turut dipotong setiap bulan (sebelum julai 2011) untuk caruman Perkeso tetapi setelah kami semak, nama kami tiada rekod Perkeso," ujar Roslan lagi.

Menurut Roslan, kes penipuan ini sudahpun dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berhampiran melalui aduan Kes Buruh No: JTK.HSDK.600-KBR/SDK/2011/113 bertarikh 3 0gos 2011 yang menamakan Patrick W Pascua No KPT 680903-12-5515 sebagai majikan mewakili syarikat berkenaan.

"Selain itu kami sudahpun membuat laporan polis melalui laporan bernombor SKN/RPT/8902/2011 dan tangkapan telah dibuat pada 2 Februari 2012 di mana pihak KWSP sudahpun menahan pasport kepunyaan Patrick dan kes ini sudah dirujuk ke mahkamah untuk dibicarakan,” jelas Roslan.

Namun pagi tadi, kata Roslan, lebih kurang jam 11.00 pagi mereka pergi ke pejabat Wildlife Expedition Sdn.Bhd bersama wartawan dan jurufoto Sabahkini.Net untuk berbincang dengan majikan, tetapi pejabat syarikat tersebut ditutup; mungkin kerana menyedari kedatangan mereka bersama wartawan.

Roslan menambah, seramai 50 orang pekerja yang menjadi mangsa penipuan tersebut, 6 orang daripadanya yang telah membuat laporan kepada JTK ialah Roslan Hussain, Irwan Asri Samuri Saka, Malek Abdu Rahim, Surdin Alan dan Abdillah Kassim.

Kata Roslan lagi, seramai 44 orang lainnya akan menyusul kemudian untuk membuat laporan polis dan Jabatan Buruh bagi menuntut gaji yang belum dilunaskan oleh majikan terbabit.

Roslan menjelaskan syarikat tersebut kini masih berhutang berjumlah RM14,381.50 yang melibatkan 6 orang seperti yang disebutkan itu dan majikan sering menjanjikan akan membayar gaji-gaji tersebut tetapi sehingga ke hari ini belum dilunaskan.

5 comments:

  1. Harap Jabatan Buruh boleh membantu pekerja daripada Wildlife Expedition ini untuk mendapat balik pampasan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  2. Harap majikan syarikat tersebut boleh ditemui untuk penjelasan mengenai kegagalan pekerja mereka dibayar gaji mereka.

    ReplyDelete
  3. syarkat tersebut harus dikenakan tindakan kerana tidak mebayar gaji pekerjanya. jgn biarkan pekerja ditindas.

    ReplyDelete
  4. Harap2 disiasat dan sekiranya ada bentuk penipuan diharap tindakan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  5. penganjur perhimpunan 123 Bangkit patut tampil membantu pekerja2 yang dianiaya ini dengan menganjurkan perhimpunan dihadapan pintu masuk syarikat Wildlife Expeditions..

    ReplyDelete