Sunday 18 March 2012

YAHUDI BOLEH, ZIONIS JANGAN


PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.

"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ," katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia di sini, malam tadi.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan PAS yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan PAS ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata PAS akan menukar minda orang Melayu supaya memperkasakan diri mereka dengan ajaran Islam.

"Melayu sahaja tanpa Islam akan menjadi bangsa hina," katanya.

Abdul Hadi berkata parti itu bersedia meletakkan calon yang terdiri daripada seniman ataupun artis pada pilihan raya umum akan datang, sekiranya ada permintaan sedemikian daripada mana-mana cawangan ataupun kawasannya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud dalam ucapannya pada majlis itu berkata Dewan Muslimat telahpun mengemukakan senarai nama calon untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kepada PAS Pusat.

Beliau berkata, lebih 30 muslimat dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak telah dicalonkan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. (BERNAMA)

5 comments:

  1. The party should not appoint candidates who are artists just because it will gain the people's attention and support, but because the candidate is truly capable.

    ReplyDelete
  2. We will see how PAS will be received in Sabah and Sarawak during the next general election.

    ReplyDelete
  3. Israel mmg adalah negara Zionis, kerana itu Malaysia tidak berurusan dgn mereka.

    ReplyDelete
  4. Sekarang saya tidak faham dengan apa yang PAS perjuangkan. Memang jauh berbeza dengan yang dulu.

    ReplyDelete
  5. tahukah abdul hadi hubungkait antara yahudi dengan zionist?? Yahudi sebenarnya merujuk kepada agama Yahudi atau Judaism dan pengikut agama ini digelar sebagai Yahudi.. manakala Zionist pula adalah satu pergerakan pennubuhan tanah air untuk orang beragama Yahudi yang dikendalikan oleh puak ektrimis Yahudi.

    puak ektrimis Yahudi ini percaya bahawa sebahagian daripada negara Palestin yang ditadbir oleh British dulu adalah kepunyaan mereka. jadi matlamat pergerakan Zionist ini adalah untuk menggalakkan penghijrahan atau dipanggil aliyah yang membawa masuk penganut Yahudi dari seluruh dunia menetap didalam satu wilayah yang kini digelar ISRAEL..

    ReplyDelete