Monday 16 April 2012

11,764 SUDAH DIKECUALIKAN BAYAR PTPTN



KERAJAAN BN menanggung antara 85 hingga 95 peratus subsidi bagi yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam untuk meringankan beban pelajar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berikutan itu, katanya pelajar hanya perlu membayar yuran pengajian mereka pada kadar yang amat minimum.

"Contohnya bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pelajar hanya perlu membayar yuran pengajian sebanyak RM9,000 bagi lima tahun pengajian berbanding RM166,000 yuran sebenar. Pelajar hanya perlu bayar 5.4 peratus daripada jumlah yuran sebenar dan baki 94.6 peratus dibayar oleh kerajaan.

"Bagi bidang kejuruteraan di UKM, pelajar hanya perlu bayar RM5,600 untuk tempoh empat tahun pengajian berbanding RM61,200 yuran sebenar. Hanya 9.2 peratus pelajar perlu bayar, manakala baki 90.8 peratur dibayar oleh kerajaan," katanya semasa berucap pada majlis makan malam Perdana Siswazah Kelantan 1Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Naib Canselor UiTM Datuk Prof Sahol Hamid Abu Bakar dan Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) Mohd Faizal Daud.

Mengulas mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata sebahagian besar pinjaman itu digunakan oleh pelajar untuk menanggung keperluan sara hidup mereka.

Beliau berkata hanya 15 ke 30 peratus pinjaman PTPTN digunakan pelajar untuk membayar yuran masing-masing manakala 70 ke 85 peratus digunakan bagi menanggung sara hidup.

"Pemansuhan PTPTN seperti yang diminta pembangkang akan menyebabkan pelajar perlu mencari sendiri yuran pengajian mereka," katanya.

Muhyiddin berkata PTPTN turut mengecualikan pembayaran semula kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mendapat kelas pertama atau yang setaraf dengannya yang mana sehingga 31 Disember 2011, seramai 11,764 pelajar telah dikecualikan daripada membayar balik pinjaman PTPTN.

Beliau berkata sehingga 31 Disember 2011, sebanyak 1.93 juta permohonan PTPTN telah diluluskan melibatkan peruntukan RM42.96 bilion.

"Bagi menyediakan pinjaman kepada pelajar, PTPTN membuat pinjaman daripada institusi kewangan di mana kadar faedah antara empat hingga lima peratus perlu ditanggung kerajaan.

"Bagi 2012, kerajaan perlu membiaya RM1.09 bilion bagi kadar faedah pinjaman dari institusi kewangan," katanya. (Bernama)

25 comments:

  1. Kerajaan sudah berkorban banyak kepada para pelajar sebenarnya. Cuma pelajar/mahasiswa saja yang tidak tahu menghargainya. Yang diingat, kepentingan diri sendiri saja.

    ReplyDelete
  2. Belajarlah bersungguh2 untuk mendapat CGPA 4.0 supaya secara automatik pinjaman tu menjadi biasiswa.

    ReplyDelete
  3. Any engineering student or medical student can come forward to explain if it is true that they only need to pay RM5000-9000 instead of full price for their school fees?

    ReplyDelete
  4. If the PTPTN is abolished, how would the students get loans to further their studies?

    ReplyDelete
  5. Teruskan PTPTN. Pelajar ada pilihan sama ada untuk terima pinjaman ini ataupun tidak. Jadi kenapa baru sekarang mahu bising2 demo semua??

    ReplyDelete
  6. Jangan mudah terpedaya dengan pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  7. sudah terlalu byk bantuan diberikan kepada pelajar, pelahar harus menghargainya dgn belajar bersungguh-sungguh. bukan terlibat dalam aktiviti yang bukan2.

    ReplyDelete
  8. Yang penting sekarang PTPTN perlulah menyelesaikan masalah kadar yang semakin bertambah dari masa ke semasa. Jika benar ingin membantu rasanya tidak perlu mengenaikan kadar faedah kepada peminjam.

    ReplyDelete
  9. Anwar perlu menasihatkan pelajar2 yang berdemo untuk beliau supaya berusaha mendapatkan keputusan kelas pertama bagi membolehkan mereka dikecualikan dari membayar semula pinjaman.. inilah cara terbaik dalam menggalakkan pelajar untuk menjadi yang cemerlang..

    ReplyDelete
  10. The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) has returned RM2.72 million to 3.2 million borrowers until March 31 following the adjustment of loan interest rate from 5 to 3-1 percent.

    ReplyDelete
  11. Chairman Datuk Ismail Mohamed Said said PTPTN had over the same period disbursed RM43.85 billion loans to 1.96 million students in institutions of higher learning at home and abroad.

    ReplyDelete
  12. However, 31,606 borrowers of the 1,052,693 borrowers involving RM6.84 billion loans were given repayment extension due to sickness and studying abroad.

    ReplyDelete
  13. PTPTN had received RM3.8 billion loan repayment while action was taken against 261,561 borrowers who did not respond, involving RM1.8 billion.

    ReplyDelete
  14. Since its inception over 15 years ago, PTPTN had disbursed RM43.85 billion loans. This year, RM5.05 billion was disbursed of which RM3.37billion was to existing borrowers and RM1.68 billion to new borrowers.

    ReplyDelete
  15. PTPTN had approved RM182.3million loans to 14,459 students this year.

    ReplyDelete
  16. Ismail said of 600 private institutions of higher learning (IPTS), 434 whose students were sponsorsed by PTPTN might close down if the loan was removed.

    ReplyDelete
  17. He denied opposition claims that the government was unjust and oppressed the people adding the facilities provided were to overcome their burden.

    ReplyDelete
  18. PTPTN was also willing to compromise and negotiate with students who had problems repaying the loans.

    ReplyDelete
  19. The recipients of PTPTN loans are beneficiaries, having been able to find a means to secure a degree, a very important step in their lifetime.

    ReplyDelete
  20. Being adults they should realise that they have a moral responsibility to repay the loans when they are gainfully employed later.

    ReplyDelete
  21. And if they have difficulties there are options to discuss and negotiate loan restructuring. The important point which needs to be impressed on these undergraduates is that there must be some value-add in any endeavour they pursue, be it PTPTN-financed or parent-funded.

    ReplyDelete
  22. It’s often said that if any good is provided or given free, the value element is missing and doesn’t help in the long term.

    ReplyDelete
  23. Students must learn and be responsible early in life to prepare them for bigger challenges in the future. It also further enhances the character and integrity of a person when he or she commits to repay. A loan must be repaid eventually.

    ReplyDelete
  24. We can take the cue from banks which would always look for credit-worthy customers who demonstrate ability and commitment to repay.

    ReplyDelete
  25. The Government should therefore continue with the PTPTN as the students will see the real benefit years after graduation. It’s relevant and sustainable.

    ReplyDelete