Wednesday 4 April 2012

20 MURID REDAH SUNGAI KE SEKOLAH

LEBIH kurang 20 murid dari Kg. Pulungan, Sepulut, Nabawan terpaksa meredah Sungai Balaron ke sekolah kerana tiada jambatan.

Keadaan itu membimbangkan ibu bapa kerana pada musim hujan sungai itu sering banjir dan berarus deras.

Jurucakap penduduk Sanreco Ansusuok 37, berkata, ketiadaan jambatan di sungai sejak tahun 2000 yang lalu sudah pernah dikemukakan kepada pihak yang berkenaan pada tahun 2008 tetapi sehingga kini belum ada tindakan yang diambil.

“Pada setiap hari terutama pada musim banjir kami terpaksa membantu anak-anak kami menyeberangi sungai itu untuk kes sekolah kerana bimbang keselamatan mereka,” kata Sanreco kepada New Sabah Times di Nabawan, kelmarin.

Katanya, kalau hujan berterusan dan sungai itu banjir besar anak-anak mereka yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lotong terpaksa ponteng sekolah kerana tidak dapat menyeberang.

Ini katanya, menyebabkan persekolahan anak-anak mereka terjejas kerana terpaksa ponteng dua tiga hari dalam seminggu jika sungai itu banjir.

Justeru itu katanya, pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah “Cukuplah kalau jambatan gantung yang dibina kalau jambatan untuk kenderaan tidak dapat dibina,” jelasnya.

Sanreco berkata, ibu bukan sahaja bimbang dengan pembelajaran anak- anak mereka yang tidak dapat hadir ke sekolah semasa banjir tetapi yang lebih membimbangkan adalah keselamatan anak-anak yang meredah sungai itu pada setiap hari persekolahan. (ST)

6 comments:

  1. Sudah lebih 10 tahun masalah ni dihadapi oleh penduduk namun masih belum lagi selesai. mana wakil rakyat di kawasan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap wakil rakyat di kawasan tu menjalankan tugasnya.

      Delete
  2. Memang kesian lah murid2 sekolah ni terpaksa mereda sungai tiap hari ke sekolah. Inilah antara masalah para pelajar luar bandar ni. Tidak hairanlah kalau ramai yang tercicir dalam pelajaran.

    ReplyDelete
  3. jambatan perlu dibina untuk memudahkan mereka pergi ke sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang-kurangnya ada jambatan untuk menangani masalah banjir

      Delete
  4. bukan kerajaan ada umumkan peruntukkan untuk membina dan membaikpulih jambatan di kawasan pedalaman Sabah ka?? kalau tidak silap pengumuman itu dibuat awal tahun ini..

    ReplyDelete