Monday 23 April 2012

500 IPTS LUMPUH TANPA PTPTN



OPERASI kira-kira 500 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini akan lumpuh jika Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan sebagaimana yang dikehendaki oleh pembangkang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, ramai di kalangan penuntut IPTS negara ini membiayai pengajian mereka menggunakan pinjaman daripada PTPTN.

"Institusi Pengajian Tinggi Swasta di negara ini hidup di atas dasar adanya PTPTN. Tabung PTPTN merupakan sebab mengapa pelajar-pelajar berada di IPTS," katanya kepada Bernama selepas menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan An-Nur di Benut, hari ini.

Ketua penerangan Umno itu berkata pemansuhan PTPTN akan memberi kesan negatif yang mendalam terhadap perkembangan industri pengajian tinggi tempatan.

Menurut Ahmad, IPTS negara berhadapan dengan kemungkinan ditutup berikutan penuntut tidak memiliki kaedah untuk membiayai kos pengajian tinggi yang keterlaluan dan tidak mampu ditanggung.

Katanya, 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) negara tidak mampu menyerap keseluruhan penuntut pengajian tinggi di negara ini, jika IPTS yang bergantung kepada kemudahan PTPTN tidak lagi beroperasi.

Beliau berkata, kerajaan di bawah pimpinan BN memberikan pendidikan rendah dan menengah secara percuma, manakala kerajaan menanggung 90 peratus daripada kos pengajian tinggi.

"Jika seseorang itu mengambil pengajian perubatan di IPTA yang menelan belanja keseluruhan sebanyak RM200,000, penuntut hanya membelanjakan RM12,000 daripada kos itu manakala selebihnya ditanggung oleh kerajaan," katanya.

Sehubungan itu, Ahmad yang juga anggota Parlimen Pontian meminta pembangkang yang mahukan PTPTN itu dimansuhkan supaya berfikiran secara menyeluruh dengan mengambil kira faktor-faktor lain dan tidak bermain politik.

"Mereka yang mahukan PTPTN ini dimansuhkan tidak mempunyai pemikiran yang menyeluruh. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri," kata beliau. (Bernama)

10 comments:

  1. Permansuhan PTPTN hanyalah propanganda pembangkang. Anwar sendiri meluluskan PTPTN ketika beliau masih seorang TPM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu cuma alat Anwar untuk mendapat perhatian dan sokongan. Anwar juga antara orang yang meluluskan PTPTN dulu. Anwar semakin nyayuk

      Delete
    2. Kelak janji Anwar memakan diri sendiri.

      Delete
  2. PTPTN tidak payah dimansuhkan. Lakukan penambahbaikan saja agar tidak membebankan pelajar dan pembayar cukai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembayaran ujrah dengan kadar 1% saja sudah diperkenalkan. ini salah satu usaha kerajaan untuk mengurangkan beban peminjam.

      Delete
  3. PTPTN mungkin perlu dikaji semula untuk mencari cara terbaik untuk membantu pelajar2 M'sia dan mengurangkan beban yang ditanggung.

    ReplyDelete
  4. isu PTPTN hnya dimainkan untuk kepentingan politik pembangkang.

    ReplyDelete
  5. Sekarang terpulang dengan PTPTN untuk menyelesaikan masalah yang dituntut ini.

    ReplyDelete
  6. kenapa perlu mansuhkan PTPTN sedangkan badan penyedia pinjaman ini telah terbukti mampu membantu pelajar2 yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran?? bukankah PTPTN juga akan memberikan pengecualian pembayaran kepada mana2 pelajar yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama??

    ReplyDelete
  7. rakyat perlu ingat, jumlah pelajar setiap tahun meningkat.. bila jumlah pelajar meningkat, perbelanjaan untuk pendidikan percuma juga akan meningkat.. dimana kerajaan Pakatan mahu mendapatkan dana untuk membiayai pendidikan percuma, sedangkan mereka berhasrat mahu memansuhkan cukai, menghapuskan tol, menaikkan subsidi, menaikkan royalti minyak dan sebagainya..

    ReplyDelete