Wednesday 4 April 2012

5,000 AHLI UMNO LABUAN SOKONG SUHAILI

Oleh : AWANGKU HALIM PG TENGAH

SEKURANG-KURANGNYA 15 Cawangan dan 5,000 ahli UMNO Labuan menyatakan sokongan terbuka melalui memorandum kepada Presiden UMNO agar melepaskan penggantungan terhadap Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Menurut Jurucakap mereka, KK Haji Alias Hussin, mereka sudah cukup lama bersabar dengan karenah Pucuk Pimpinan UMNO Pusat yang sengaja menjatuhkan Suhaili melalui konspirasi peringkat tertinggi dengan menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menganiaya Suhaili.

Ketua Cawangan Lubuk Temiang itu menegaskan bahawa mereka kecewa dengan cara Suhaili dijatuhkan setelah menabur bakti kepada UMNO, Perbadanan Labuan dan seluruh pembangunan Labuan.

"Sebagai jalan akhir, kita memungut tandatangan melalui memorandum dan setakat ini 15 Ketua Cawangan dan 5,000 ahi UMNO Labuan telah menurunkan tandatangan dan kita jangka ramai lagi yang akan berbuat demikian," kata KK Alias yang mendesak agar Majlis Tertinggi UMNO melepaskan Suhaili daripada sebarang konspirasi agar dapat kembali menjulang panji-panji UMNO di Labuan.

Senario politik Labuan sekarang kata KK Alias, umpama telur di hujung tanduk dan rakyat menunggu ke arah mana Suhaili condong, mereka akan mengikut.

"Ahli UMNO Labuan begitu kecewa kerana layanan buruk terhadap pemimpin yang berjasa seperti Suhaili. Jika orang yang begitu berjasa kepada negara boleh disingkirkan begitu sahaja, apatah lagi rakyat biasa seperti kami," kata KK Alias dengan nada kesal.

KK Alias menjelaskan jiwa mereka masih bersama UMNO, tetapi jika Suhaili dipinggirkan, mereka terpaksa menukar haluan kerana memikirkan UMNO tidak lagi memerlukan mereka kerana Suhaili dipilih menurut perlembagaan tetapi dijatuhkan melalui konspirasi.

"Kita berharap agar Datuk Suhaili mampu bersabar sementara kita menghantar memorandum kerana kita tahu banyak parti melamar beliau tetapi beliau masih setia kepada UMNO dan meminta kita tidak melakukan tindakan di luar perlembagaan parti," kata KK Alias lagi.

9 comments:

  1. Hopefully the Federal Government will make the right decision regarding Datuk Suhaili's case, it seems that Datuk Suhaili has gotten the support from around 5,000 UMNO members as well as 15 Division Leaders.

    ReplyDelete
  2. I hope all will be patient while this issue is being resolved, hopefully we will see a positive outcome for this matter.

    ReplyDelete
  3. harap hal ini diselesai dgn cara baik, jgn sampai perpecahan berlaku dalam UMNO Labuan.

    ReplyDelete
  4. Jika masalah dalaman parti ni tidak diselesaikan dengan baik, PR sudah menunggu untuk mendapat keahlian baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah tu hanya memberi untung kepada pihak pembangkang yang lain. diharap dapat segera diselesaikan.

      Delete
  5. Masalah itu akan menjejaskan parti, pucuk pimpinan harus menyelesaikan masalah yang timbul.

    ReplyDelete
  6. Sebaiknya mengenai perkara ini perlulah dilihat baik-baik dan jangan disalah anggap pula.

    ReplyDelete
  7. betulkan pucuk pimpinan menggunakan SPRM untuk menganiaya Suhaili?? bagaimana jika benar beliau mempunyai kes SPRM?? dapatkah penyokong2 beliau mempertahankan beliau tanpa ada satupun fakta yang boleh digunakan menyangkal tuduhan itu??

    ReplyDelete
  8. tidak ada sudah ka pemimpin berkaliber di Labuan hinggakan pemimpin yang mempunyai kes SPRM juga yang diagung2kan??

    ReplyDelete