Sunday 8 April 2012

ADUN N54 BUGAYA TIDAK AMANAH?


Saudara Pengarang,

SAYA mewakili penduduk Kg. Lihak-Lihak, Semporna seramai lebih kurang 80 orang yang tanah kami telah terlibat dalam pembikinan jalanraya luar bandar di Sg Nasib Kg Lihak-Lihak, Semporna.

Surat demi surat; laporan polis demi laporan polis; rayuan demi rayuan dan majlis dialog demi majlis dialog dengan pihak-pihak berkenaan; khususnya dengan ADUN N54, Pegawai Daerah, Jabatan Tanah Dan Ukur (Unit Penilaian), Jabatan Kerjaraya, Syarikat Pembinaan dan Perunding, namun semuanya seperti melepaskan batuk di tangga. Sehingga sekarang tiada tindakan susulan daripada ADUN berkenaan yang sebelum ini berjanji untuk menyelesaikan isu tuntutan kami.

Kali terakhir majlis dialog diadakan di Kg Lihak-Lihak, Semporna iaitu pada 6 Januari 2010 dengan dihadiri semua pihak, khususnya Datuk Ramlee Marhaban dengan kuncu-kuncunya.

Dalam perjumpaan tersebut kami mendesak agar penilaian semula terhadap keluasan sebenar tanah kami yang diambil untuk projek berkenaan dengan melakukan lawatan ke tapak projek bersama pemilik tanah dan jabatan berkenaan.

Namun, sehingga sekarang tidak apa-apa tindakan susulan sama ada dari ADUN itu sendiri mahupun daripada agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam mesyuarat pada 6 Januari 2010.

Ekoran tidak amanah dan kegagalan Datuk Ramlee Marhaban melaksana dan mematuhi kehendak serta keputusan sebulat suara yang telah dipersetujui bersama pada tarikh tersebut, kami mengandaikan beliau ini terlalu dan amat jauh daripada layak menjadi Wakil Rakyat kami; sekalipun khabarnya mempunyai hubungan baik dengan Ketua Menteri Sabah, atas sebab yang mereka sahaja yang tahu.

Persoalannya perlukah kami memberi peluang kepada beliau lagi semata-mata untuk mengkhianati kami atau Ketua Menteri sudah mengerti bahawa isyarat kami sudah cukup untuk menafikan pencalonan Ramlee Marhaban pada pilihanraya umum akan datang.

Salam Hormat,

KHALID BIN PANGGAGAH

5 comments:

  1. sebagai Adun, kena bersikap amanah dan peka akan keadaan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin harus menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah

    ReplyDelete
  3. Pemimpin harus menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah

    ReplyDelete
  4. Semoga pemimpin mendengar keluhan penduduk mengenai masalah yang mereka hadapi.

    ReplyDelete
  5. ketiadaan tindakan susulan itu mungkin juga telah dijelaskan oleh beliau.. mungkin ada sebab2 tertentu yang membuatkan janji beliau itu tidak dapat dilaksanakan buat sementara waktu..

    ReplyDelete