Tuesday 3 April 2012

AHLI DIPECAT DILANTIK PENGARAH GERAKAN?

AHLI Jawatankuasa Umno Bahagian membantah pelantikan Lajim Yusof sebagai Pengarah Gerakan Pilihan raya ke 13 bagi Dun Klias oleh Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort, Datuk Hajah Azizah Mohd Dun.

“Lajim Yusof telah dipecat keahliannya seumur hidup daripada Umno secara automatik kerana beliau telah menentang calon Barisan Nasional pada Pilihan raya Umum yang lalu atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR),” kata beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian itu.

“Kuasa untuk melantik Pengarah Gerakan Pilihan Raya di bawah bidang kuasa Ketua Umno Bahagian yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional di Bahagian ini,” kata Setiausaha Umno Bahagian, Jusih Sarin.

“Umno telah melantik Timbalan Ketua Umno Bahagian, Isnin Haji Aliasnih sebagai Pengarah Gerakan Jentera Pilihan raya ke 13 di Bahagian ini dan ianya amat jelas dan tidak ada dua atau tiga orang Pengarah Gerakan Pilihan raya,” katanya.

“Ketua Wanita itu tidak wajar membelakangkan Jawatankuasa Umno dan Ketua Umno Bahagian dan tindakkan melantik Lajim Yusof jelas bertentangan dengan keputusan Umno Bahagian,” kata Muslim Murad yang merupakan AJK Umno Bahagian.

“Seseorang yang mahu menyertai parti mahupun bekas ahli yang dipecat untuk menyertai semula parti adalah di luar kuasa sama ada Ketua Wanita Bahagian, Pergerakan Pemuda mahupun Pergerakan Puteri sebaliknya ianya perlu dikemukakan dan di rujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Umno Bahagian,” katanya.

Beliau berkata Ketua Wanita itu juga telah melanggar etika perlembagaan parti (Umno) kerana menerima Lajim Yusof ke dalam Umno dan melantiknya tanpa pengetahuan mereka sebagai Pengarah Gerakan Pilihan Raya yang terang-terangan membelakangkan Ketua Umno Bahagian.

“Jangan jadikan Umno di bahagian ini seperti bilik hotel, boleh ‘Check in ‘ boleh ‘Check out’ pada bila-bila masa ikut suka hati dan parti ini ada peraturan dan perlembagaannya,” kata Ag Besar Rasid yang juga AJK Umno Bahagian.

“Ketua Wanita itu harus sedar kedudukkan beliau dalam Umno Bahagian dan apa juga strategi dan tindakan untuk parti mahupun cadangan perlu diputuskan oleh Jawatankuasa dan mendapat restu Ketua Umno Bahagian terlebih dahulu,” katanya.

“Tinda kan Azizah melantik Lajim Yusof sebagai Pengarah Gerakan PR ke 13 bagi Dun Klias dan membelakangkan Umno Bahagian sama tidak menghormati Ketua Umno Bahagian dan sayap-sayap parti Umno di Bahagian ini malah kepada semua Komponen Parti BN,” katanya.

Pada masa yang sama seorang lagi AJK Bahagian, Awang Ku Mahmod Pg Haji Ahmad membidas kenyataan pihak perseorangan yang membuat kenyataan tak berasas dalam Facebook mengenai tindakan Umno Bahagian Beaufort tanpa mengetahui cerita sebenar.

“Kami menasihatkan mereka agar jangan cuba menjaga tepi kain di Bahagian ini dan menasihatkan agar menumpukan komitmen mereka kepada parti di Bahagian mereka,” katanya.

Sehubungan dengan itu juga Ag Ku Mahmood berkata apa pun kenyataan yang disuarakan oleh individu berkenaan tidak akan membawa sebarang makna.

Sementara itu ketua Umno Cawangan Kg Seliku, Kassim Kati dan Hassan Buntar selaku Ketua Cawangan Kg Sungai Sibasah Kuala Penyu menyokong tindakan Setiausaha Bahagian mendedahkan perkara sebenar mengenai ketidakahadiran Ketua Wanita Umno itu banyak kali dalam Mesyuarat penuh Jawatan Kuasa Umno Bahagian.

“Selama ini kami tidak tahu bahawa ketua Wanita itu jarang hadir ke Mesyuarat Umno Bahagian yang boleh menjejaskan parti dan adalah tidak wajar beliau mengabaikan tanggungjawabnya dalam parti yang telah mengangkatnya menjadi Wakil Rakyat dan Menteri,” kata Kassim.

“Jika beliau dipilih menjadi calon BN pada PRU akan datang, wajarkah kami bergerak untuk memikul tanggungjawab meraih undi bagi memenangkan beliau sedangkan selama ini beliau tidak komited dan tidak bekerjasama dengan Umno Bahagian,” kata Hassan (ST)

12 comments:

  1. Lajim Yusof sounds like a traitor for going against his own party on opposition's ticket. If Lajim really wanted to go against BN-UMNO, he should leave the party and join Pakatan.

    ReplyDelete
  2. For those who are never committed to fight together in a party should just leave the party instead of being an obstacle for the rest of the members. If they are not sincere to fight together, what will happen if they won the elections? They could never work together with the party to help the rakyats.

    Anyway, congratulations to Isnin Haji Aliasnih, hope that he will do a good work as the new Director for next General Elections.

    ReplyDelete
  3. harap hal ini dpt diselesaikan dgn baik.

    ReplyDelete
  4. “Umno telah melantik Timbalan Ketua Umno Bahagian, Isnin Haji Aliasnih sebagai Pengarah Gerakan Jentera Pilihan raya ke 13 di Bahagian ini dan ianya amat jelas dan tidak ada dua atau tiga orang Pengarah Gerakan Pilihan raya,”

    Semoga pilihan ini tepat dan dapat membantu PRU yang bersih dan amanah.

    ReplyDelete
  5. “Selama ini kami tidak tahu bahawa ketua Wanita itu jarang hadir ke Mesyuarat Umno Bahagian yang boleh menjejaskan parti dan adalah tidak wajar beliau mengabaikan tanggungjawabnya dalam parti"

    Setipa pemimpin yang dipilih harus menjalankan tugas dengan baik terutama berkhidmat untuk rakyat.

    ReplyDelete
  6. Semua parti komponen harus bekerjasama dan persefahaman untuk memperjuangkan misi yang sama.

    ReplyDelete
  7. Budaya melompat parti, "join and leave" adalah satu kebiasaan dalam dunia politik sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amalan seperti tu seharusnya tidak patut diamalkan.

      Delete
  8. Lajim Yusof telah menentang Umno pada PRU lepas, jadi memang tidak patut dia bertanding atas tiket BN.

    ReplyDelete
  9. Apa pun masalah ada jalan penyelesaiannya. Maka tidak perlu gaduh-gaduh dan dibatu apikan oleh pihak tertentu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah masalahnya segelintir pemimpin2 kita.. konon sayang dengan parti,, mahu jaga imej parti,, sebaliknya tidakkan merekalah yang menyebabkan imej parti terjejas..

      Delete
  10. kalau ada perkara yang tidak dipersetujui sesama ahli, bukankah lebih baik jika perkara itu dibincangkan secara tertutup?? kenapa perlu bawa ke media?? kalau benar sayang dengan parti, bertindaklah secara mnatang dan profesional.. bukannya secara emosional..

    ReplyDelete