Monday 23 April 2012

AMALAN MAHKAMAH ADAT WAJAR DIKANUNKAN



MENTERI Perushaaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok mencadangkan pelbagai amalan mahkamah adat di Sabah dikanunkan supaya undang-undang adat tersebut dapat ditadbir dengan lebih baik.

Beliau berkata amalan di setiap daerah mengenai fungsi mahkamah adat adalah berbagai-bagai menyebabkan daripada satu segi perlu dikanunkan.

"Kita berharap di masa akan datang sistem mahkamah adat ini akan menjadi salah satu tunggak kepada sistem kehakiman negara seiringan dengan mahkamah syariah dan mahkamah sivil," katanya kepada pemberita di majlis pecah tanah cadangan pembinaan bangunan Mahkamah Adat Penampang berharga RM5 juta, di sini pada Isnin.

Dompok, yang juga pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kabinet bagi bumiputera Sabah dan Sarawak, berkata dua buah lagi bangunan mahkamah adat akan dibina di Keningau dan Kudat sedikit masa lagi. (BERNAMA)

12 comments:

  1. Sokong dengan cadangan Bernard Dompok. Harap ia akan dipertimbangkan kerana mahkamah adat juga tidak kurang pentingnya.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana pula dengan perluasan khidmat Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan bagi kes-kes Mahkamah Hak Adat di Sabah?

    ReplyDelete
  3. Martabatkan fungsi mahkamah adat.

    ReplyDelete
  4. Semoga mahkamah adat yang bakal dibina akan dapat berfungsi dengan baik dan membela nasib anak negeri.

    ReplyDelete
  5. setuju dengan Bernard...sudah tiba masanya amalan mahkamah adat dikanunkan..

    ReplyDelete
  6. diharap perkara ini akan dipertimbangkan dengan sewajarnya..

    ReplyDelete
  7. juga diharapkan pembinaan mahkamah adat akan siap dalam masa yang ditetapkan dan tidak menghadapi sebarang masalah yang akan menyusahkan pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  8. mahkamah adat mmg wajar dikanunkna, mahkamah ini jg penting dalam selesaikan isu2 adat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bagus dinaik taraf standard mahkamah adat

      Delete
  9. Guna peruntukan sebaik mungkin. Jangan bazirkan tu duit peruntukan.

    ReplyDelete
  10. Penambahbaikkan undang-undang adat perlu bagi memastikan semua pihak berpuas hati.

    ReplyDelete
  11. dengan adanya mahkamah adat, secara tidak langsung akan mampu menjaga adat di negeri ini tanpa perlu risau ditelan zaman..

    ReplyDelete