Friday 13 April 2012

AMANAH SOKONG MANSUH CAJ PTPTN


Oleh: KREW SABAHKINI.NET

PENGERUSI Majlis Angkatan Amanah Merdeka Malaysia (AMANAH) Kawasan Sulaman, Haji Ghulabdin Enjih menyokong saranan pelbagai NGO supaya bayaran Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan seperti yang termasuk dalam resolusi Persidangan Meja Bulat Mahasiswa Nasional anjuran Biro Institusi Pengajian Tinggi Pemuda UMNO Malaysia bersama PTPTN yang diadakan di Kuala Lumpur pada Rabu.

Menurut Haji Ghulabdin, sesunggunnya AMANAH Sulaman amat memahami fenomena yang sedang dihadapi oleh ibu bapa pelajar mempunyai bilangan anak lebih seorang yang mendapat pinjaman dari PTPTN tetapi kerana belum mendapat pekerjaan selepas keluar dari pengajian.

Maka mereka bimbang akan mengambil masa panjang untuk melunaskan pembayaran semula pinjaman tersebut dan akhirnya peminjam itu terpaksa dikenakan faedah dari hutang berkenaan serta kemungkinan besar akan disenarai hitam oleh mana-mana institusi bank di negara ini.

"Saya juga selaku ibu bapa kepada empat orang anak yang telah membuat pinjaman kepada PTPTN ini amat mengharapkan agar Kerajaan menghilangkan keresahan dan kegelisahan kami dengan mengkaji skim terbaik terutama bagi mereka yang belum mendapat pekerjaan atau bekerja tetapi bergaji rendah,” ujar Haji Ghulabdin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah.

Berdasarkan kepada keputusan resolusi Persidangan Meja Bulat mahasiswa Nasional anjuran Biro Institusi Pengajian Tinggi Pemuda UMNO Malaysia bersama PTPTN yang hanya mencadangkan pemansuhan perkhidmatan PTPTN ini sebanyak satu peratus sahaja seperti yang diberitahu oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin.

Kata Haji Ghulabdin, AMANAH Sulaman merasa amat terkejut dengan keputusan resolusi itu yang sepatutnya meminta kerajaan mengkaji lebih mendalam dengan menghapuskan pinjaman tetapi menjadikan ia sebagai satu biasiswa kepada pelajar untuk kebaikan masa hadapan.

Resolusi itu yang mengariskan empat aspek meliputi pinjaman, pembayaran, tabung skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan komunikasi bagi menangani isu yang perlu diselesaikan segera iaitu pembayaran balik PTPTN, kata Khairy setelah menyerahkan keputusan resolusi itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Persidangan itu yang melibatkan 160 peserta terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta wakil PTPTN termasuk Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusof.

Beliau berkata persidangan itu bersetuju supaya sistem bayaran balik PTPTN dirombak dengan menetapkan paras gaji minimum peminjam RM3,000 sebagai pendapatan selesa untuk peminjam memulakan bayaran balik pinjaman.

"Penambahbaikan itu perlu berlandaskan kepada tahap pendapatan yang selesa bukannya enam bulan selepas tamat belajar kerana kadang-kadang pelajar mendapat pekerjaan gaji yang sedikit," kata Kairy selepas Majlis Penutup dan Penyerahan Resolusi Persidangan Meja Bulat Mahasiswa Nasional itu.

Haji Ghulabdin menyatakan amat bersetuju dengan resolusi untuk memansuhkan tindakan menyenarai hitam para pelajar yang gagal membayar pinjaman kerana akibatnya kebebasan peminjam seperti urusan ke luar negara atau membuat pinjaman lain yang perlu dapat dilakukan seperti biasa dan tindakan ini patut digantikan dengan kaedah lain yng lebih memberikan kebaikan kepada peminjam.

Langkah untuk PTPTN menyenarai hitam para peminjam merupakan satu tindakan drastik yang tidak memberikan kebaikan kepada masa hadapan para peminjam. Oleh kerana banyak rungutan yang diterima seperti dilaporkan oleh Khairy, maka kata Haji Ghulabdin adalah wajar bagi kerajaan mendengar rintihan ini untuk memansuhkan PTPTN dan digantikan dangan kaedah lain yang memberi jaminan terbaik kepada para pelajar di negara ini.

Para pelajar dari Sabah dan Sarawak yang meneruskan pengajian ke Semenanjung Malaysia hendaklah diberikan keistimewaan mendapat tiket penerbangan percuma sekurang-kurangnya dua kali setahun.

No comments:

Post a Comment