Tuesday 17 April 2012

ANUGERAH AKHBAR SHELL KINABALU KE-20



SEBANYAK 253 penyertaan daripada pertubuhan media cetak dan elektronik Sabah diterima sempena majlis Anugerah Akhbar Shell Kinabalu ke-20 pada 1 Mei ini. Anugerah itu terbahagi kepada beberapa kategori yang menawarkan hadiah berjumlah RM125,000, termasuk RM50,000 daripada kerajaan negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman akan menjadi tetamu kehormat pada majlis penyampaian anugerah itu, yang menyambut ulang tahunnya ke-20.

Musa merupakan penyokong kuat anugerah itu dan tidak pernah terlepas daripada menghadirinya sejak beliau mula menyandang jawatan Ketua Menteri.

Pada 1 Mei ini, Musa, yang juga Menteri Kewangan negeri, akan menghadiri acara itu untuk kali sembilan berturut-turut bagi meraikan majlis berkenaan bersama warga media Sabah. (Bernama)

7 comments:

  1. Memang lumayan hadiah yang ditawarkan. agaknya siapalah yang bertuah dalam majlis anugerah ni..

    ReplyDelete
  2. Lumayannya hadiah yang disediakan!

    ReplyDelete
  3. hadiah tersebut pasti menjadi rebutan byk pihak.

    ReplyDelete
  4. Tahian kepada mereka yang mendapat hadiah yang lumayan itu.

    ReplyDelete
  5. samada menang atau kalah, teruskan memberikan informasi yang tepat dan berguna kepada rakyat..

    ReplyDelete