Sunday 22 April 2012

BELASUNGKAWA BUAT KAMARUDDIN LIUSIN



DUNIA kewartawanan Sabah kehilangan seorang warganya apabila wartawan kanan New Sabah Times, Kamaruddin Liusin, 47, meninggal dunia di Hospital Ratu Elizabeth 1, Kota Kinabalu, malam Jumaat lalu.

Adik beliau, Hanafi berkata abangnya yang koma sejak dimasukkan ke hospital pada Rabu akibat serangan strok itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.10 malam.

Katanya sebelum itu, arwah pengsan di rumahnya di Kota Kinabalu kira-kira pukul 7 pagi dan dibawa ke hospital oleh seorang kawannya.

"Saya tidak menyangka abang saya pergi begitu cepat," katanya ketika ditemui selepas pengebumian di Tanah Perkuburan Ruayan, Kampung Lawa, Beaufort, Sabtu.

Antara yang hadir ialah anggota Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dan lebih 20 wartawan dari media cetak dan elektronik di Sabah. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment