Thursday 5 April 2012

BERSIH 3.0 SASAR 500,000 SERTAI HIMPUNAN

Oleh : ABDUL RAHIM SABRI

PENGANJUR BERSIH 3.0 mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - jam 2 petang 28 April - di Dataran Merdeka, Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu turut menganggarkan 500,000 orang dijangka menyertainya kali ini.

Katanya, anggaran itu dibuat berdasarkan interaksi dan pertemuan beliau dengan anggota masyarakat dalam majlis tertentu dan juga di laman media sosial.

"Saya sendiri berjalan di mana-mana dan orang bertanya bila? Daripada interaksi sewaktu berjumpa dalam majlis atau dalam Facebook, saya mengkhayalkan setidak-tidaknya, himpunan ini akan mengumpul 500,000 orang," katanya.

Perhimpunan yang anjurkan bersama dengan 84 NGO lain itu juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia, kata sasterawan negara itu lagi.

Dalam perhimpunan kali ini, para peserta akan duduk di lokasi tersebut bermula jam 2 petang hingga 4 petang.

"Walaupun BERSIH 3.0 adalah duduk sahaja, tetapi dia memberikan impak yang kuat," katanya dalam sidang media di ibu negara pagi ini.

Sementara itu, Datuk S Ambiga yang juga pengerusi bersama berkata pada perhimpunan lalu, sebanyak 32 lokasi di seluruh dunia terlibat dengan BERSIH 2.0.

Katanya, jumlah itu berkemungkinan akan bertambah pada perhimpunan kali ini. Lokasi luar negara itu akan diumumkannya pada sidang media selepas ini, katanya.

Perhimpunan kedua pada 9 Julai tahun lalu dihadiri puluhan ribu rakyat yang menuntut supaya lapan perkara itu dilaksanakan.

Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara untuk menambahbaik pilihan raya.

Laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen semalam dengan bantahan oleh wakil pembangkang.

8 comments:

  1. SPR kini dalam usaha nak memperbaiki sistem pilihanraya, tak perlulah nak buat perhimpunan lagi.

    ReplyDelete
  2. Perhimpunan ni hanya timbulkan keadaan huru hara. Harap tiada pihak yang mengeruhkan lagi keadaan negara sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah yang mereka mahu. sudah huru hara salahkan pihak polis. pada hal dorang yang timbulkan masalah.

      Delete
  3. Adakah mereka sudah memikirkan keselamatan rakyat yang hadir nanti..Sekiranya bersih 3.0 dilancarkan juga janganlah salahkan pihak polis kalau polis mengambil tindakan. Tu sudah menjadi bidang tugas polis.

    ReplyDelete
  4. Inilah budaya pembangkang yang tidak patut kita sokong.

    ReplyDelete
  5. Kita tidak sepatutnya menyokong perkara yang menganggu keamanan kita.

    ReplyDelete
  6. tujuan utama Ambiga ialah bukan untuk mengadakan pilihanraya bersih dan adil, sebaliknya untuk menjatuhkan kerajaan dan menaikkan Anwar sebagai pemimpin negara supaya beliau(Ambiga) dapat merealisasikan hasrat beliau menyuburkan amalan LGBT di negara ini..

    ReplyDelete
  7. nampak sangat pembangkang semakin terdesak untuk merampas kerajaan.. menyedari mereka masih belum mampu menarik sokongan rakyat, maka terpaksalah mereka bergantung dengan tenaga 500 000 orang untuk menimbulkan huru hara di negara ini..

    jika melalui proses pilihanraya, mereka terpaksa memerlukan jutaan rakyat mengundi mereka untuk menang, sebaliknya dengan mengadakan perhimpunan, mereka hanya memerlukan 500 000 untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara singat, berkesan dan tidak demokratik.. itulah misi Ambiga dan Pakatan..

    ReplyDelete