Friday 13 April 2012

BUKAN MUDAH MANSUHKAN ISA



Oleh : AIDILA RAZAK

MEMANSUHKAN Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 merupakan perkara sukar untuk kerajaan.

Bercakap di ibu pejabat polis di Bukit Aman hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kesukaran itu dirasakan, terutamanya oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bukan mudah untuk menteri dalam negeri menyerahkan kuasa menahan individu tetapi ia tetap dilakukan kerana faham kepada kehendak rakyat, kata Najib.

Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang akan menggantikan ISA dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Selasa.

Najib juga berterima kasih kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan pasukannya kerana menyokong langkah kerajaan memansuhkan ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara. (MKINI)

7 comments:

  1. The Internal Security Act purpose is to prevent communism from happening in the country, as well as to avoid act of violence which can disrupt the peace of the country.

    ReplyDelete
  2. I heard the government has decided to abolish this ISA, which means there will be no more people who will be detained without trail.

    ReplyDelete
  3. ISA mansuh, perbaikilah akta2 yang sedia ada agar bersesuaian dengan keadaan masa kini.

    ReplyDelete
  4. pemansuhan ISA pasti mengembirakan rakyat

    ReplyDelete
  5. AKTA bagi memgantikan ISA telahpun diumumkan.

    ReplyDelete
  6. Yang pasti cari akta yang lebih baik daripada ISA.

    ReplyDelete
  7. realitinya, pemansuhan akta ISA hanya belaku diera Najib sebagai perdana menteri malaysia..

    ReplyDelete