Thursday 26 April 2012

BUMI SABAH AKAN KERING KONTANG?





Oleh: SHAIMON S JUMADI           Foto : SAFFIE S JUMADI

"KITA bukannya tidak mahu membantu rakyat mendapatkan tanah-tanah yang dipohon untuk membuka ladang-ladang tertentu, tetapi pastikan kawasan tanah yang dipohon bukan kawasan hutan simpan, bagi mengelak bumi Sabah menjadi kering kontang," kata ADUN Kuamut, Masiung Bana ketika berucap merasmikan Hari Terbuka Kawasan Konservasi Imbak Canyon Sempena Hari Bumi Sedunia 2012 anjuran bersama Kumpulan Yayasan Sabah, PETRONAS dan Pejabat Daerah Tongod di Dewan Masyarakat Tongod, kelmarin.

Kata Masiung, jika semua tanah yang ada sekarang diberi kepada rakyat Sabah, apa akan terjadi kepada Hutan Simpan dan Kawasan Tadahan Air yang telah diwartakan bagi kegunaan generasi masa hadapan?

Seandainya semua pokok-pokok kayu habis ditebang untuk dijadikan ladang, kata Masiung, bukankah tindakan ini akan menghapuskan alam semula jadi seperti flora dan fauna termasuk tadahan air dan udara bersih?

Mengenai permohonan tanah yang dipohon oleh orang kampung yang tidak bersuaian telah dijadikan isu dan propaganda oleh para pemimpin parti-parti pembangkang kononnya wakil rakyat tidak prihatin, kata Masiung, hanya itulah sahajalah yang mampu dilakukan pembangkang kerana mereka suka memutar belitkan fakta sebenar menjadi songsang.

Masiung turut melahirkan rasa kesal kerana ada pihak tertentu yang suka memutarbelitkan fakta mengenai jalan raya menuju ke Imbak Canyon, demi menghasut rakyat membenci kerajaan yang ditohmah tidak boleh membantu mereka mendapatkan tanah yang telah mereka ceroboh selama ini.

"Kita mahu rakyat yang bertamaddun menjaga alam sekitar agar tidak tercemar kerana jika semua sungai yang ada sekarang sudah tercemar, maka generasi akan datang menerima akibat dari kerakusan tangan manusia yang hanya memikirkan untuk hidup pada hari ini, tetapi menyebabkan kepupusan alam semula jadi untuk generasi akan datang,” kata Masiung lagi.

Sebagai contoh kata Masiung, di Sandakan terdapat banyak air terjun yang cukup indah tetapi disebabkan oleh pembangunan perladangan yang pesat menyebabkan kemusnahan alam semula jadi kerana semua sungai kering dan air terjun semakin pupus.

“Saya fikir kalau ditakdirkan parti pembangkang menjadi kerajaan, semua tanah yang dipohon diluluskan dan kawasan hutan diceroboh; bukan sahaja sungai Meliau kering kontang, bahkan sungai Kinabatangan turut terjejas," kata Masiung yang merayu agar penduduk kampung tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan hutan simpan yang menjadi supermarket mereka sejak zaman berzaman.

19 comments:

  1. Sabah should plant more trees.

    ReplyDelete
  2. Jadi jangan persiakan hutan rimba yang kita ada.

    ReplyDelete
  3. Don't let negative news bring you down.

    ReplyDelete
  4. kalau berkaitan dengan tanah adat, adalah wajar tanah itu diberikan kepada penduduk tulen..

    ReplyDelete
  5. bagaimana dengan tribunal NCR? diharapkan ianya akan ditubuhkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukankah tribunal NCR tidak diperlukan buat masa ni menurut KM?

      Delete
  6. Never expect something to happen but rather make it happen.

    ReplyDelete
  7. Memang boleh keluarkan tanah dari hutan simpan untuk penduduk tapi semua tu dilakukan dengan lebih terancang supaya tidak berlaku gangguan ke atas tadahan air atau sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oleh itu perlu ada pelan rancangan yang sistematik agar win win situation boleh dicapai.

      Delete
  8. Bagaimana sudah dengan pemberian geran komunal kepada penduduk?

    ReplyDelete
  9. penerokaan tanah perlu ada perancangan agar ia tak menjejaskan persekitaran.

    ReplyDelete
  10. Diharap ada alternatif untuk selesaikan masalah tanah di kalangan penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  11. Keseimbangan ekosistem amat penting.

    ReplyDelete
  12. The people should alert the importance to protect our land.

    ReplyDelete
  13. Pemeliharaan dan pemuliharaan hutan amat penting. Kami harus sedar.

    ReplyDelete
  14. Some 90,000 hectares of land in nine districts where poor natives live will be given to them under communal titles. Two of these were given to more than 5,000 villagers in Nabawan and another in Lalampas of the Tongod district.

    ReplyDelete
  15. with communal titles, which were given to a group of people and could not be sold although this could be inherited, due to the shortage of land to be given individually.

    ReplyDelete
  16. Itulah sebab kenapa banyak yang tidak diluluskan dalam permohonan. Kerana dibawah kawasan hutan simpan.

    ReplyDelete
  17. kerajaan juga perlu memastikan tidak ada lagi syarikat2 besar membuka ladang2 atau apa sahaja aktiviti pembangunan yang melibatkan pemusnahan hutan bersaiz besar..

    ReplyDelete