Wednesday 11 April 2012

COMBI BERJAYA PERANGI NYAMUK AEDES



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SUHAIMI MUQALIBAL

SAMPAH....Sebahagian penduduk Kg Bokara yang menyertai gotong-royong tersebut.

MELALUI projek gotong royong di sesuatu kawasan ia boleh menjalinkan kerjasama yang intim kepada masyarakat setempat program sebegini harus dikekalkan dijadikan satu tradisi untuk mewujudkan siratulrahim dan perpaduan di dikalangan sesama sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Karamunting Datuk Peter Pang Eng Yin menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Projek Combi Kampung Bokara Sempena Kempen Anti Nyamuk AEDES peringkat Kampung Bokara kelmarin.

Katanya penduduk di kampung Bokara harus sentiasa menanamkan nilai-nilai murni dalam mewujudkan perpaduan dan kerjasama yang intim demi menjamin kesejahteraan hidup penduduknya dengan keadaan aman dan damai.

Dalam pada itu itu jelas Pang kebersihan juga di sekeliling kawasan rumah tahap kebersihan perlu dipertingkatkan dari masa kesemasa dan projek gotong-royong sebegini harus kerap diadakan dan jangan membuang sampah sarap di merata tempat.

Sikap ini akan mengundang pembiakan nyamuk Aedes berleluasa di kawasan kotor terutama sekali timbunan sampah sarap yang terdapat tin-tin kosong yang mengandungi air bertakung.

TERIMA KASIH...Peter Pang memberikan hadiah kepada salah seorang penduduk yang menyertai gotong-royong.

Nyamuk Aedes kata Pang lagi merupakan serangga yang amat berbahaya kepada manusia kerana gigitan nyamuk tersebut boleh membawa maut melalui wabak demam denggi dan malaria.

"Dari itu masyarakat kampung Bokara dan kampung-kampung sekitarnya harus memainkan peranan penting ke arah menjaga kebersihan di sekeliling rumah masing-masing demi menjamin kesejahteraan hidup seharian yang lebih selesa tanpa adanya gangguan aedes,” tegasnya.

Kata Pang lagi, untuk memerangi serangan dan pembiakan nyamuk Aedes kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah banyak menganjurkan pelbagai kempen dan ceramah di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti sebagai tempat pembiakan nyamuk tersebut dengan membabitkan kos yang tinggi

No comments:

Post a Comment