Wednesday 11 April 2012

DEMO SISWA 14 APRIL 'DIRANCANG PEMBANGKANG'

Oleh : KOH JUN LIN

TIMBALAN Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata perhimpunan pelajar yang dirancang Sabtu ini bukan untuk membantah pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sebaliknya, perhimpunan itu dirancang pembangkang untuk mengapi-apikan kemarahan mahasiswa menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, dakwa naib Ketua Pemuda Umno itu lagi.

"(Tarikh) 14 April bukan untuk PTPTN. 14 April adalah pemanas badan untuk perhimpunan BERSIH (3.0) dan menggunakan kampus untuk persediaan bagi pilihan raya umum akan datang," katanya.

Perhimpunan BERSIH akan berlangsung pada 28 April ini, dua minggu selepas demonstrasi Anti-PTPTN di lokasi yang sama.

Razali mendakwa Pakatan Rakyat sudah kehabisan isu untuk dibangkitkan dan tersasar daripada manifesto Buku Jingga berhubung PTPTN yang menawarkan pinjaman pendidikan tanpa faedah.

No comments:

Post a Comment