Sunday 1 April 2012

‘DURIAN RUNTUH’ BUAT PENEROKA FELDA


PERDANA Menteri kelmarin menjanjikan para peneroka 'durian runtuh' bersempena penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) pada Mei, tetapi tidak mengumumkan jumlah sebenar yang boleh diharapkan.

Datuk Seri Najib Razak berkata bahawa jumlah yang bakal diumumkan nanti pasti akan membuat para peneroka “tersandar, rebah dalam kejutan".

“Banyak mana? Saya tak akan umumkan hari ini. Banyak mana? Tunggu, kita akan buat pengumuman nanti," Najib berkata, mengikut agensi berita nasional Bernama.

Berucap di FELDA Triang 3 di Bera kelmarin, Najib turut berkata bahawa keputusan untuk menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia akan memanfaatkan para peneroka.

“Kerajaan ambil keputusan supaya FGVH ini disenaraikan kerana kita ingin aset FELDA ini untuk menjana kekayaan berlipat ganda seterusnya kekayaan melonjak itu kita akan pulangkan kepada peneroka.

Di bulan Februari, sekumpulan lapan orang peneroka berjaya mendapat perintah mahkamah untuk menghentikan pemindahan saham dari Kooperatif Pelaburan FELDA (KPF) mereka kepada FGVH, suatu langkah penting dalam rancangan menyeranaikan firma perladangan itu.

Ini mendorong Putrajaya mengumumkan pada 14 Mac bahawa kerajaan akan tetap dengan rancangan penyenaraian FGVH tidak kira sama ada keputusan itu menerima sokongan peneroka FELDA.

Kerajaan sebelum ini bertegas bahawa ianya mempunyai sokongan 'majoriti peneroka', walaupun terdapat laporan bantahan meluas.

Para pengkritik berkata bahawa penyenaraian ini akan memberikan FGVH, yang serba kerugian, kuasa mengawal KPF dan akan merugikan pemegang saham kecil dan membebankan FELDA dengan defisit sebanyak RM1.5 bilion setiap tahun.

No comments:

Post a Comment