Friday 6 April 2012

FELDA KE BURSA, KAKITANGAN TERSIKSA


Saudara Pengarang,

KAMI berbangga kerana FELDA telah memasuki Bursa Malaysia tetapi agak malang kerana kami sebagai Kakitangan FELDA di Cenderawasih, Bandar Sahabat, Tungku terus tersiksa terpaksa minum air setaraf lopak kerbau. Ini keadaan Air yang dibekalkan untuk kakitangan di Cenderawasih ketika dunia semakin maju tetapi FELDA semakin mundur. Hati kami sakit tetapi apa daya kerana kami hanya 'Kuli' Sahaja.

Salam Hormat,

KAKITANGAN FELDA

9 comments:

  1. Semoga Felda akan mengambil perhatian terhadap luahan daripada kakitangan Felda dalam isu ini, diharapkan mereka akan berusaha meningkatkan kualiti bekalan air kepada kakitangan di Cederawasih.

    ReplyDelete
  2. Syabas kepada Felda kerana berjaya disenaraikan di bawah Bursa Malaysia, diharapkan mereka akan membaik pulih layanan mereka terhadap kakitangan sendiri. Pekerja adalah aset yang penting buat satu syarikat.

    ReplyDelete
  3. Jangan persalahkan pihak FELDA saja. Perkara ini juga perlu dirujuk kepada Jabatan Air yang membekalkan air kepada para penduduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hrap masalah air tersebut dpt diselesaikan.

      Delete
  4. Penyenaraian FELDA di Bursa Malaysia adalah suatu yang membanggakan. Diharapkan para peneroka tidak ditipu dengan sebarang agenda tersembunyi. FELDA kena jalankan tanggungjawab selari dengan objektif asalnya terhadap peneroka.

    ReplyDelete
  5. Jabatan air perlu selesaikan masalah tu

    ReplyDelete
  6. Semogan kepentingan kakitangan felda akan dapat dibela. Berikan keutamaan kepada mereka.

    ReplyDelete
  7. betulkah kakitangan felda cenderawasih minum air setaraf lopak kerbau?? setahu saya logi rawatan air telah diwujudkan felda tidak jauh dari cenderawasih..

    ReplyDelete
  8. saya rasa pihak yang buat aduan ini bukan kakitangan felda lahad datu.. biasanya masalah air kotor di kawasan penempatan felda hanya akan berlaku ketika berlaku kebocoran paip.. itu pun hanya untuk beberapa jam sahaja..

    ReplyDelete