Tuesday 24 April 2012

FIKIR SEBELUM BERTINDAK



Oleh : NIK JASNI CHE JAAFAR

MENTERI LUAR, Datuk Seri Anifah Aman menyelar tindakan segelintir rakyat Malaysia yang tidak bijak dalam bertindak. Merujuk kepada tindakan kumpulan yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur beliau berkata tindakan itu sebenarnya tidak bermanfaat.

“Mereka hanya buat apa yang mereka lihat orang lain buat tetapi tidak pernah menilai sama ada ia bermanfaat atau tidak.

“Saya berpendapat, tindakan itu langsung tidak bermanfaat dan bukan budaya kita. Apatah lagi kita ada undang-undang yang harus dihormati,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak begitu terkesan dengan tindakan terbabit yang disifatkan sebagai langkah pembangkang untuk mengganggu kerajaan.

“Mereka (pembangkang) tiada isu yang boleh digunakan, jadi mereka buat sesuatu yang lain untuk menarik perhatian orang ramai,” katanya.

Tambahnya, keadaan itu juga perkara biasa kerana pemimpin pembangkang mempunyai hubungan dengan pelbagai badan bukan kerajan dan persatuan untuk membantah kerajaan.

“Bagaimanapun, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahu tindakan yang perlu diambil,” katanya.

Jelasnya, paling penting adalah rakyat negara ini berada dalam keadaan selamat.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Simposium Usahawan MIDF di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, kelmarin.

Ditanya sama ada kerajaan menjelaskan kepada negara luar tentang keadaan yang berlaku di Malaysia, beliau mengakui langkah itu turut diambil.

“Saya melakukan itu (memberi penjelasan) sebagai menteri luar. Bagaimanapun, setiap pemimpin mana-mana negara tahu tindakan yang perlu diambil apabila keadaan seperti itu berlaku,” katanya.

Tambahnya berbanding negara lain, tindakan yang diambil oleh negara terhadap golongan terbabit adalah ‘kurang’.

“Kita pernah lihat kesannya di London (dan) Amerika…dan kita buat kurang dari apa yang mereka buat.

“Kita yakin, rakyat tahu mana kaca, mana permata…mereka (pembangkang) tidak boleh tipu rakyat sepanjang masa,” katanya.

Anifah berkata, penyertaan segelintir golongan itu juga tidak mencerminkan pendirian rakyat Malaysia secara keseluruhan.

“Kalau Umno atau Barisan Nasional (BN) mahu bertindak, kita boleh buat 10 atau 20 kali ganda dari mereka.

“Tetapi, adalah itu produktif? Adakah itu yang kita mahu lihat (berlaku di Malaysia)?,” soalnya. (theborneopost)

7 comments:

  1. Pembangkang jangan pergunakan golongan mahasiswa untuk kepentingan politik.

    ReplyDelete
  2. Mereka yang berkhemah di Dataran Merdeka ni juga bagi imej negatif kepada para pelancong yang datang.Harap2 kegiatan ni dihentikan segera.

    ReplyDelete
  3. buang masa saja mereka berkhemah di sana, baik pergi belajar. inilah orang muda, tidak berfikir panjang.

    ReplyDelete
  4. Utamakan keselamatan tu yang paling penting

    ReplyDelete
  5. Mengenai pelajar berhimpun ini memang ada hak mereka untuk menyuarakan. Tapi sebaiknya berfikir dulu adakah logik atau tidak apa yang diperjuangkan itu.

    ReplyDelete
  6. macam mana bijak sekalipun, jika kena hasut, tetap akan buat tindakan2 yang kurang bijak..

    ReplyDelete
  7. bila lihat pelajar2 ini berdemo, seolah2 tidak wujud pemimpin2 politik pembangkang di negara ini.. bukankah hal2 mendesak kerajaan ini tugas mereka?? kenapa perlu pelajar yang melakukan tugas2 ahli politik??

    ReplyDelete