Sunday 29 April 2012

GURU JANGAN CAMPUR POLITIK





Oleh: KREW SABAHKINI.NET

PENGELIBATAN mana-mana guru di negeri ini dalam politik sewajarnya diambil tindakan oleh Jabatan Pendidikan dan sememangnya penglibatan itu akan menganggu tugas murni mereka memberikan pendidikan terbaik kepada anak bangsa yang begitu mendambakannya.

"Benar sekali, tugas guru adalah memberikan pembelajaran kepada murid dan tidak perlulah mereka terlibat dengan politik. Jika guru terlibat keluar melaksanakan kerja politik di luar daripada tugas mereka pada waktu yang sepatutnya mereka berada di sekolah atau kawasan tempat bertugas, itu pasti menganggu tugas sebagai guru," kata Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) St John, Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih.

Beliau menyatakan demikain sebagai mengulas dan menyokong teguran ikhlas dari Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Haji Muhiddin Yusin yang tersiar di akhbar tempatan kelmarin dulu.

Dalam kenyataan itu, Datuk Dr Muhiddin mengingatkan mana-mana guru di negeri ini agar menghentikan kegiatan mengeluarkan kenyataan berkaitan politik terutamanya melalui laman sosial yang boleh melanggar peraturan dan boleh diambil tindakan.

Menurutnya, sebagai Ketua Jabatan beliau berhak mengenakan tindakan terhadap guru yang dibuktikan melanggar peraturan.

"Ini dikhuatiri setiap kenyataan yang dikeluarkan akan membawa kontroversi kepada diri mereka sebagai kakitangan kerajaan, selain itu orang akan mempersoalkan kedudukan mereka yang mana keadaan ini boleh membawa suasana yang tidak baik," kata Datuk Dr Muhiddin.

Datuk Dr Muhiddin berkata dari masa ke semasa pihak jabatan menerima banyak aduan berkaitan isu ini, namun pihaknya tidak dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana kebanyakan aduan itu diterima secara lisan.

"Mungkin benar ada guru yang mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial seperti Facebook atau Twitter yang bertentangan dengan fungsi mereka sebagai guru atau penjawat awam. Jesteru itu, saya nasihatkan mana-mana guru yang terlibat agar menghentikan segera tindakan mereka ini sebelum tindakan diambil," kata Datuk Dr Muhiddin dalam kenyataan itu.

Haji Ghulabdin berkata sebagai seorang bapa sudah tentulah kami amat mengharapkan anak yang sedang belajar mendapat  pendidikan yang baik dari guru mereka, tetapi seandainya seseorang guru yang diberikan tugas mengajar anak bangsa melibatkan diri dalam politik kami khuatir dan bimbang ianya boleh menjejaskan tugas murni yang diamanahkan itu.

Sehubungan itu Haji Ghulabdin, meminta sekiranya ada mana-mana guru yang terlibat supaya memandang berat teguran dan kenyataan yang telah dibuat oleh Datuk Dr Muhiddin dengan segera menimbang sama ada untuk melepaskan jawatan sebagai guru atau menumpukan terus penglibatan sepenuhnya dalam arena politik.

"Kami amat memandang berat pengelibatan guru dalam politik terutamanya di Daerah Tuaran dan jika pencabulan tugasan murni sebagai pendidik yang diamanahkan kerajaan kepada mereka diadapati ada dilakukan seperti dinyatakan oleh Datuk Dr Muhiddin sebagai melanggar peraturan; maka kami menerusi PIBG mendesak supaya tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak Jabatan Pelajaran negeri," kata HajiGhulabdin lagi.

"Saya penuh yakin bahawa teguran dan pandangan daripada Datuk Dr Muhiddin ini adalah ikhlas untuk menjaga nama baik semua warga pendidik di negeri ini dan seandainya guru-guru berkenan ingin terus berbakti dan menjadikan profesyen mereka demi kebaikan anak bangsa, maka sewajarnya mereka tidak melibatkan diri dalam bidang politik," kata Haji Ghulabdin yang juga Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (AMNAH) Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman.

20 comments:

  1. Guru jangan terbawa2 politik tu bila mengajar murid2 di sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unsur politik harus dikecualikan di pelajaran.

      Delete
    2. Risau juga kalau guru terbawa-bawa unsur politik dalam pembelajaran

      Delete
    3. itulah yang paling penting.. dikhuatiri komitmen mereka lebih kepada politik berbanding dengan mendidik pelajar2 sekolah..

      Delete
  2. "PENGELIBATAN mana-mana guru di negeri ini dalam politik sewajarnya diambil tindakan oleh Jabatan Pendidikan dan sememangnya penglibatan itu akan menganggu tugas murni mereka memberikan pendidikan terbaik kepada anak bangsa yang begitu mendambakannya."

    saya memang setuju dengan kenyataan ini...

    ReplyDelete
  3. benar, tugas guru adalah memberikan pembelajaran kepada murid supaya mereka dapat dididik menjadi orang yang berguna dan berilmu

    ReplyDelete
  4. apa gunanya menjadi guru sebagai karier jika ingin berpolitik, lebih bagus jadi politikus sahaja

    ReplyDelete
  5. ya, guru-guru yang terlibat dalam politik berhak dikenakan tindakan jika didapati melanggar peraturan.

    ReplyDelete
  6. ya, penimbangan yang wajar adalah perlu sama ada untuk melepaskan jawatan sebagai guru atau menumpukan terus penglibatan sepenuhnya dalam arena politik. janganlah mengundang masalah ke atas diri sendiri

    ReplyDelete
  7. para guru harus tumpukan perhatiaan mereka pada mendidik pelajar, sebaiknya tak perlu nak melibatkan diri dalam politik.

    ReplyDelete
  8. Jika guru nak masuk politik, baik kerja full time politik untuk berkhidmat untuk rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree to Anonymous, if the teacher interested to be the politician, must well involve as full time.

      Delete
  9. Para guru harus menumpu perhatian untuk mengajar.

    ReplyDelete
  10. Nothings wrong if the teacher can identify and be able to seperate both politics and school.

    ReplyDelete
  11. Janji tidak mengganggu pengajaran mereka, rasa tiada masalah juga.

    ReplyDelete
  12. Tidak salah sebenarnya, yang penting guru-guru tidak membawa unsur politik dan mempengaruhi para pelajar.

    ReplyDelete
  13. Semoga unsur-unsur politik tidak dibawa masuk ke sekolah.

    ReplyDelete
  14. Lebih baik tumpukan perhatian dengan 1 karier saja

    ReplyDelete
  15. Guru berpolitik itu terpulang dengan mereka. Namun pastikan mereka tidka lupa akan tanggungjawab mereka sebagai seorang tenaga pengajar.

    ReplyDelete
  16. kalau begitu, para pelajar juga tidak dibenarkan terlibat aktif dalam politik terutamanya golongan mahasiswa.. tugas mereka adalah belajar..

    ReplyDelete