Friday 20 April 2012

HAJIJI SAMBUT BAIK HASRAT PKS BANTU BN PADA PRU-13



MENTERI Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor menyambut baik hasrat sebuah parti baru, Parti Kebenaran Sabah (PKS) untuk membantu parti komponen Barisan Nasional(BN) di Sabah pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Hajiji yang juga Ketua Umno Tuaran berkata Umno dan BN mengalu-alukan mana-mana pihak atau parti baru yang bersedia membantu BN pada pilihan raya umum.

Penubuhan parti baru seperti PKS membuktikan perkembangan sihat terhadap ketelusan sistem demokrasi di negara ini yang memberi peluang rakyat bersuara dan turut serta dalam politik negara, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

PKS yang kini aktif menarik ahli baru untuk mengembangkan parti itu di seluruh Sabah dilaporkan menyatakan parti itu akan membantu parti-parti di bawah BN yang bertanding di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Hajiji berkata PKS mungkin boleh memohon untuk menyertai BN memandangkan BN memiliki rekod kepimpinan yang dinamik di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat pusat dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di peringkat negeri.

Terdahulu, beliau menyampaikan watikah pelantikan kepada enam Ahli Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah.

Dalam ucapannya, Hajiji menyarankan pihak Majlis melakukan transformasi yang proaktif dan kreatif dalam menyalurkan ilmu dan maklumat berguna kepada masyarakat ke arah memartabatkan institusi berkenaan. (BERNAMA)

10 comments:

  1. Banyak betul parti ditubuhkan di saat2 menjelangnya PRU13. Diharap mereka dapat memainkan peranan yang ketara dalam menyumbangkan bakti kepada rakyat Sabah dan bukan sekadar parti lelap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semakin banyak parti, semakin sengit persaingan yang akan dihadapi apalagi jika wujud pertandingan 3 atau 4 penjuru pada PRU nanti.

      Delete
  2. Cepat pula PKS dapat kelulusan daripada ROS berbanding dengan USNO.

    ReplyDelete
  3. PKS mungkin boleh join BN dalam PRU akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dialu-alukan oleh BN.

      Delete
    2. harap2 la PKS sekadar memberikan sokongan, bukannya meletakkan calon..

      Delete
  4. Rakyat mempunyai banyak pilihan parti untuk diundi, jadi undi la dengan bijak

    ReplyDelete
  5. makin byk parti mncul. ia beri manfaat kepada BN.

    ReplyDelete
  6. Dengan adanya parti baru ini diharap dapat membantu BN untuk memperolehi sokongan daripada penduduk sabah.

    ReplyDelete
  7. semakin tertekan la parti2 pembangkang Sabah.. sedang mereka masih kucar kacir dalam menentukan pertandingan satu lawan satu, wujud pula parti baru yang memberikan sokongan kepada parti pemerintah..

    ReplyDelete