Saturday 28 April 2012

HARGA SEBUAH TANGKI AIR 1MALAYSIA RM2,600?






Oleh : CHANG SHAK HUNG

PENGAGEHAN tangki air oleh kerajaan Barisan Nasional, merupakan satu bantuan yang tepat pada masanya. Ini telah terbukti pada Pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan bahawa kerajaan telah memperuntukan RM52 juta untuk 20,000 buah tangki air kepada penduduk di pedalaman Sarawak.

Pemgumuman ini juga amat mengejutkan kerana jika dianalisa, harga sebuah tangki air adalah RM2,600 sedangkan harga pasaran hanya beberapa ratus ringgit sahaja termasuk kos pengangkutan!

Di dalam Bajet 2012, kerajaan telah memperuntukan RM50 juta untuk Sabah, namun tidak didedahkan berapa buah tangki yang disenaraikan. Apa yang menghairankan kita ialah kerajaan telah meluluskan berbilion ringgit untuk menaiktaraf kemudahan infrastruktur termasuklah jalanraya di kawasan pedalaman sejak beberapa tahun; namun sehingga ke hari ini, kerajaan masih membelanjakan duit rakyat dengan kos purata sebuah tangki air sebanyak RM2,600?

Selain itu juga, berita yang mengejutkan adalah Federal Land Development Authority (FELDA) juga diberikan RM400 juta untuk mengatasi krisis air dan masalah gangguan air di beberapa kawasan di FELDA.

Penduduk Sandakan pula masih dibuai mimpi untuk mendapatkan bekalan air yang sesempurna penduduk di Semenanjung Malaysia. Ke mana perginya bantuan kewangan bagi memperbaiki sistem paip untuk menyalurkan air yang bersih kepada penduduk Sandakan? Sehingga ke hari ini, penduduk Sandakan terpaksa menanggung kesengsaraan yang langsung tidak mendapat perhatian serius dari segi penyediaan kemudahan asas.

Setiap kali pilihanraya menjelang tiba, banyak 'candies' yang diberikan kepada rakyat, namun adakah kita sebagai pembayar cukai sanggup menerima pemberian ini cuma pada masa pilihanraya? Kita hidup bukan hanya di masa pilihanraya sahaja tetapi sehingga ke anak cucu kita.

15 comments:

  1. The government must reveal how much water tanks they have purchased with the RM50 million.

    ReplyDelete
  2. Its a good move from the government to supply water tanks to the people in order to resolve the water supply issues in the state, hopefully the allocations are used efficiently.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If the cost of one tank is really that much, it wouldn't have help the people much.

      Delete
    2. Harga tangki harus juga berpatutan.

      Delete
  3. Hope there will be a proper answer to this question.

    ReplyDelete
  4. peruntukan kena dibelanjakan dgn sebaiknya. wang tersebut adalah untuk rakyat.

    ReplyDelete
  5. Mungkin yang lain tu menyimpang di mana2. Kena siasat perkara ni.

    ReplyDelete
  6. Inilah yang menjejaskan nama kerajaan. Disebabkan tindakan sesetengah pihak di bawah kerajaan yang melakukan perkara seperti penyelewengan, isu ini terus diperbesarkan oleh pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu pucuk pimpinan harus mengeluarkan calon yang mampu memikul amanah dan melaksanakan dengan penuh tanggungjawab

      Delete
  7. Elakkan pembaziran dan kelebihan kos.

    ReplyDelete
  8. Kerajaan harus bijak menguruskan wang rakyat.

    ReplyDelete
  9. Pemgumuman ini juga amat mengejutkan kerana jika dianalisa, harga sebuah tangki air adalah RM2,600 sedangkan harga pasaran hanya beberapa ratus ringgit sahaja termasuk kos pengangkutan!

    Penjelasan diperlukan supaya rakyat faham apa yang terjadi dengan kelebihan kos.

    ReplyDelete
  10. Dimanakah peruntukan untuk bekalan air bersih untuk rakyat? Masalah masih tiada prkembangan tetapi menggunakan lebih banyak kos untuk menyelesaikan masalah yang sama.

    ReplyDelete
  11. Mahal juga sampai harga RM2,600 satu tangki saja. Mungkin perlu dilihat semula sebut harga tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap rumah harus ada peruntukan tangki air untuk mengatasi masalah air.

      Delete