Sunday 1 April 2012

ISU MURTAD DAN STATISTIK


Oleh : MUJAHID YUSOF RAWA

SAYA berasa terpanggil untuk menulis artikel tentang murtad kerana soalan saya di Parlimen pada 20 Mac 2012 (Rabu) perlu dikongsi bersama khususnya apabila negara ini teruji dengan hubungan antara agama yang dilihat semakin rapuh di akhir-akhir ini.

Antara kekaburan yang senantiasa menjadi bahan yang mempertaruhkan hubungan antara agama di negara ini ialah isu murtad. Ia timbul kerana dalam Islam murtad dianggap satu jenayah yang besar.

Saya tidak berminat untuk membahas secara intelektual persoalan murtad kerana terlalu banyak perbincangan yang dimuatkan dalam buku-buku atau forum-forum. Pemikiran tentang jenayah murtad terbahagi antara pendekatan menghukum dan pendekatan membuat penjelasan, apa pun pendekatan itu ia telah menguji hubungan antara agama di negara ini kerana ada pihak tertentu yang menunggang isu ini mengikut selera politik masing-masing.

Soalan saya di Parlimen bukan tentang perbahasan intelektual, soalan saya lebih bersifat statistikal untuk kita memahami sejauh mana seriusnya isu murtad ini yang menggegarkan negara akhir-akhir ini.

Namun jawapannya ialah : "Sehingga kini, tiada permohonan dibuat oleh individu yang asal beragama Islam, mengamalkan ajaran Islam dan kemudian memohon pengistyharan menukar status agamanya di Mahkamah Syariah" begitu juga jawapan diberi tentang statistik tanpa permohonan iaitu: "Manakala bagi maklumat dan statistik orang Islam yang telah menukar status agamanya tanpa permohonan secara rasmi, pihak kerajaan melalui agensi yang berkaitan samada Majlis Agama Islam negeri-negeri mahupun Mahkamah Syariah Negeri-negeri tidak mempunyai rekod dan data berkenaannya"

Adapun isu yang sering dikemukakan di Mahkamah untuk menetapkan status agama kerap berlaku dari seseorang yang ibubapanya memeluk Islam dan mendaftarkan status anaknya sebagai Islam tetapi setelah ibubapanya meninggal dunia, dia dibesarkan oleh keluarganya yang bukan Islam.

Begitu juga mereka yang tidak lagi mengamalkan Islam malah menjalani kehidupan sebagai penganut agama lain, selalunya mereka terdiri daripada keluarga yang salah seorang ibu bapanya adalah seorang yang mualaf. Jawapan yang diberi dari kes-kes murtad lebih kepada permasalahan saudara baru yang berlaku kerana soal-soal penghayatan dan cara ia dibesarkan.

Bagi saya isunya ialah lebih kepada bagaimana seseorang itu memilih untuk memeluk Islam dengan kejelasan dan bukan sekadar untuk berkahwin dengan pasangannya yang beragama Islam.

Walaupun kita tidak menafikan perkahwinan adalah salah satu pintu masuk Islam tetapi asas pemelukan seseorang mestilah atas kesedaran dan kerelaan hati kerana meyakini agama yang akan dianuti bukan kerana cintanya kepada pasangannya. Begitu juga tanggungjawab mana-mana pasangan yang menerima pasangannya memeluk Islam mestilah bertanggungjawab memahamkan pasangannya tentang penghayatan sebagai seorang Islam.

Begitu juga tanggungjawab ibubapa yang salah seorang pasangannya memeluk Islam, mestilah mendidik anak-anaknya dengan cara Islam sepertimana orang Islam hendaklah membimbing dan menasihati kekurangan-kekurangan yang ada. Jikalau perkara ini tidak diberi perhatian yang serius apa yang akan berlaku ialah pertikaian-pertikaian di mahkamah untuk menentukan status agama akan senantiasa menghantui hubungan antara agama di negara ini.

Adapun yang digembar-gemburkan pemurtadan dari asal orang Islam nampaknya statistik tidak menunjukkan satu trend. Kecualilah jikalau ia berlaku secara rahsia. Soalnya apakah kita bijak menangani isu ini dengan sikap keterbukaan dan mempertingkatkan dialog antara agama sebagai jalan memahami permasalahan yang sebenarnya.

Lebih penting ialah sikap introvert yang menuntut umat Islam bermuhasabah tentang usha mereka untuk menjaga saudra baru yang asasnya perlu dipertegaskan bahawa memeluk Islam itu adalah keikhlasan dan kerelaan diri keana meyakini keindahan agama ini bukan kerana kecantikan pasangan yang akan dikahwininya atau alasan-alasan lain yang tidak mencerminkan keyakinannya yang mutlak kepada agama yang akan dianutinya.

15 comments:

  1. Muslims who wish to convert from Islam face severe obstacles. For Muslims, particularly ethnic Malays, the right to leave the Islamic faith and adhere to another religion is a controversial question. The legal process of conversion is also unclear; in practice it is very difficult for Muslims to change their religion legally.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In 1999 the High Court ruled that secular courts have no jurisdiction to hear applications by Muslims to change religions. According to the ruling, the religious conversion of Muslims lies solely within the jurisdiction of Islamic courts.

      Delete
    2. The issue of Muslim apostasy is very sensitive. In 1998 after a controversial incident of attempted conversion, the Government stated that apostates (i.e., Muslims who wish to leave or have left Islam for another religion) would not face government punishment so long as they did not defame Islam after their conversion.

      Delete
    3. However, whether the very act of conversion was an "insult to Islam" was not clarified at the time. The Government opposes what it considers deviant interpretations of Islam, maintaining that the "deviant" groups’ extreme views endanger national security. In 2005 international media attention focused on the Sky Kingdom sect whose founder Ayah Pin claimed to be God, and whose members – mostly Malays – were accordingly charged with religious "deviancy" and "humiliating Islam."

      Delete
    4. In the past, the Government imposed restrictions on certain Islamic groups, primarily the small number of Shi'a. The Government continues to monitor the activities of the Shi'a minority.

      Delete
    5. In April 2000, the state of Perlis passed a sharia law subjecting Islamic "deviants" and apostates to 1 year of "rehabilitation" (under the Constitution, religion, including sharia law, is a state matter). Leaders of the opposition Islamic party, PAS, have stated the penalty for apostasy — after the apostates are given a period of time to repent and they do not repent — is death.

      Delete
    6. Many Muslims who have converted to Christianity, Hinduism, Buddhism, Sikhism and other religions lead "double lives", hiding their new faith from friends and family.

      Delete
    7. General interpretation about the freedom of religion as described in the constitution in Malaysia is that a person has a right to practice his or her religion freely. This freedom does not grant a person a right to change his or her religion "at a whim and fancy".

      Delete
    8. For example a Muslim who wants to convert to another religion must get an explicit permission from a syariah court. The syariah courts rarely grant such requests, except in cases where a person has actually lived his or her whole adult life as a person of different religion, and only wants to change the official documents to reflect this fact. The Islamic interpretation of the situation is that only the syariah courts can decide who is a Muslim and who is not. A person does not have such freedom, and so cannot have a say in the judgement given in a syariah court.

      Delete
    9. The Lina Joy case challenged this view of the situation by taking the problem of apostasy to the Federal Court in 2007. Lina Joy lost the case and was denied identification as a Christian on her identification card. This cleared the situation about the overlapping areas of jurisdiction between the Islamic and the secular courts in Malaysia.

      Delete
  2. isu murtad maki menjadi, dalam hal perlu ada penerapan dan bimbingan akidah yang tinggi.

    ReplyDelete
  3. Murtad ini sebenarnya pilihan sendiri. kalau ada yang mempengaruhi untuk meninggalkan agama asal dan mengikuti agama orang yang mempengaruhi, semuanya bergantung pada individu tersebut. Iman kuat dan tidak mudah goyah boleh mengelakkan perkara murtad ni.

    ReplyDelete
  4. Teguhkan kepercayaan dan pendirian.

    ReplyDelete
  5. Mereka yang murtad ini selalunya mereka yang tidak begitu berpegang kepada kepercayaan sendiri.

    ReplyDelete
  6. kebiasaanya di negara ini kes individu sanggup menukar agama adalah atas faktor mahu mengikut pasangannya..

    ReplyDelete