Saturday 28 April 2012

JAKIM PERKASA SYIAR ISLAM





PLAK...Hj Zaki menandatangani plak sebagai simbolik upacara pecah tanah wakaf kepada JAKIM.

Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFEIES JUMADI

PENGARAH JAKIM Sabah, Haji Ahmad Zaki Hj Arsyad berkata setakat ini negeri Sabah mempunyai 1,900 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di seluruh Sabah dan 700 buah KAFA baru telah didaftarkan bawah JAKIM.

JAKIM Sabah telah mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan saban tahun berjumlah sebanyak lebih RM20 juta dengan tujuan untuk membayar gaji guru-guru dan para penyelia KAFA di samping mempunyai bilangan murid seramai  lebih 42 ribu orang di seluruh Sabah yang telah belajar di kelas-kelas KAFA, masjid-masjid dan surau-surau berkenaan.

Hj Zaki berkata demikian ketika berucap di majlis Pecah Tanah dan Penyerahan Tanah Wakaf milik Allahyarham Misran Marno untuk pembinaan Bangunan SAR-KAFA MISRAN MARNO kepada JAKIM di kampung Garinono, Batu 25, Jalan Labuk Sandakan, kelmarin.

Kata Hj Zaki, KAFA adalah program kerajaan Persekutuan di bawah selia Lembaga Pendidikan Islam Malaysia (LEPAI) dengan kerjasama kerajaan negeri untuk memberikan pelbagai kemudahan asas di seluruh pelusuk Sabah untuk menempatkan kelas-kelas KAFA.




PENYERAHAN.... Pengarah JAKIM Hj Zaki sedang menerima surat penyerahan Tanah Wakaf kepada JAKIM disampaikan sendiri oleh isteri balu kepada Arwah Misran Marnoh Asmah Nordin.

Menurut Hj Zaki di Sandakan sahaja mempunyai dua buah SAR-KAFA satu di Sandakan I dan Sandakan II kemudian disusuli oleh kelas-kelas KAFA lainnya sebanyak 160 buah yang melibatkan tenaga penjagar (guru-guru terlatih) seramai 200 orang.

Katannya lagi, pihak JAKIM akan menyerapkan semua guru-guru yang mendapat imbuhan daripada  ibubapa melalui pendapatan kutupan yuran bulanan murid kelak akan ditanggung sepenunya oleh JAKIM sebaik saja mereka mendapat surat perlantikan jawatan guru tetap.

"Peranan JAKIM sebenarnya adalah untuk membantu pihak kerajaan negeri dalam meningkatkan dakwah syiar Islamiah kepada anak-anak penduduk setempat yang membabitan 300 KAFA yang melibatkan seramai 1,900 guru,” jelasnya.




KENANGAN.... Pengarah JAKIM Sabah bergambar dengan para rombongan sejurus selepas melawat Kelas KAFA.

Untuk mendalami ilmu pengetahuan akidah dan hukum hakam Islam di Sabah, 4 buah pusat latihan yang diurus tadbir JAKIM Sabah dengan pengambilan pelatih-pelatih saban tahun seramai 200 orang; tertumpu kepada pengambilan baru untuk melanjutkan pengajian tinggi selama 3 tahun dalam keilmuan Islam.

Empat Pusat Latihan berkenaan melatih guru-guru KAFA, Guru-Guru Al Quran, Imam-Imam dan pegawai-pegawai kerajaan terletak di Keningau, Kundasang, Kudat dan Lahad Datu.

Selain JAKIM bekerjasama dengan JHEINS negeri dalam membantu membanteras gejala maksiat  dalam penguatkuasaan undang-undang Islam negeri Sabah, JAKIM juga terlibat membatu memastikan produk-produk di pasaran jamin halal dan haram” tegas Hj Zaki lagi.

No comments:

Post a Comment