Monday 30 April 2012

JANGAN PERSOALKAN SIAPA DICALONKAN






Oleh : SHAIMON S JUMADI

JANGAN persoalkan siapa orang yang dicalonkan Barisan Nasional (BN) di kawasan Batu Sapi, Sekong mahupun Karamunting kerana semua datangnya daripada parti-parti komponen BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti (PRU 13).

"Apa yang kita mahu calon-calon BN yang bertanding di kawasan trsebut mampu memperoleh kejayaan untuk mempertahan dan mengekalkan kerusi-kerusi BN daripada dirampas oleh parti-parti pembangkang.

"Bagi ADUN-ADUN dan ADR yang tidak terpilih semula bertanding pada PRU 13 ini jangan kecewa, jangan kecil hati atau keluar meninggalkan parti masing-masing tanpa mempedulikan misi asal perjuangan BN."

Pengerusi BN merangkap Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, Datuk Hj Samsudin Yahya berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya di majlis Perasmian Bilik Gerakan Operasi Pilihan Raya PRU 13 di Pejabat Parti LDP Bahagian Karamunting di Sandakan, kelmarin.

Kata Samsudin, beliau menyedari hakikat sebenarnya ada sesetengah mereka yang tidak terpilih untuk dicalonkan semula pada pilihan raya nanti akan merajuk, marah kepada pucuk pimpinan parti lantas keluar parti kemudian menyertai parti baru atau parti-parti pembangkang yang sedia ada.

"Sikap sebegini menunjukkan mereka pemimpin individualistik kerana mementing diri sendiri dan tidak mengutamakan dasar perjuangan BN," kata Samsudin yang menggelar mereka sebagai pemimpin yang takut kehilangan gelaran 'YB'.

Sebagai seorang ahli parti Komponen BN yang sudah lama berjuang dan menempuhi pelbagai rintangan, kata Samsudin harus mengentalkan semangat perjuangan mesti diteruskan kerana kerana jika merajuk kemudian menyertai parti baru, maka segala hasil selama ini menjadi sia-sia belaka.

Apa yang penting, tambah Samsudin, memandangkan Sekong, Karamunting dan Batu Sapi merupakan kubu kuat BN, maka ahli keluarga BN harus membaharui tekad untuk bekerja keras memantapkan perjuangan BN menghadapi PRU-13.

No comments:

Post a Comment