Tuesday 3 April 2012

JANGAN TUKAR 'PEMANDU DI TENGAH JALAN'


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi memastikan Malaysia dapat mencapai status negara maju dalam tempoh lapan tahun akan datang, negara memerlukan "pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat."

"Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya," katanya.

Perdana Menteri mengingat demikian semasa membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 di Angkasapuri malam semalam. Ia turut disiarkan secara langsung di saluran RTM1.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar "jangan sesekali salah membuat pilihan dan berhati-hati dengan tukang karut yang melipur lara."

"Mereka ini hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya. Mereka tidak pernah konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan.

"Makanya, berwaspadalah dengan alunan muzik oleh peniup seruling yang tampak indah tapi penuh dengan persona dan perdaya," katanya.

Sehubungan itu, Najib berkata, kerajaan BN hari ini bukan "kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab".

Malah, tegas beliau, ia merupakan sebuah kerajaan yang sentiasa berhemah dalam membuat dasar dan membelanjakan wang negara.

Perdana menteri berkata dalam membuat dasar dan berbelanja, kerajaan tidak sesekali berniat untuk meranap mahupun membankrapkan negara.

"Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat tentang apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan.

"Sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya," katanya.

Najib berkata kerajaan BN juga tidak gentar untuk bersaing dalam pasaran idea yang bebas dan kompetitif kerana dipilih secara demokratik di dalam pilihan raya umum yang bebas dan adil.

"Kita mempunyai penuh keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat Malaysia memilih dan meneraca.

"Mereka tahu menilai yang mana intan yang mana kaca. Kita percaya rakyat akan memilih kerajaan yang mempunyai 'track record' yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya," katanya.

Malah, katanya kerajaan juga telah mengambil pelbagai langkah untuk menjadikan negara lebih demokratik termasuk dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, selain membatalkan tiga perisytiharan darurat.

Selain itu, menggubal Akta Perhimpunan Aman bagi melindungi hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, serta meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti bagi mengiktiraf hak perlembagaan pelajar untuk menganggotai parti politik, dan meminda Akta Pelesenan dan Mesin Cetak bagi menghapuskan keperluan pembaharuan lesen tahunan penerbitan. (Bernama)

21 comments:

  1. The people will decide if Najib is the right driver to bring Malaysia to its destination during the next general elections. We shall wait and see what are the people's choice when the time comes.

    ReplyDelete
  2. Hopefully the government will work harder to remain relevant to the Malaysians and bring the country forward.

    ReplyDelete
  3. rakyat tau memilih mana yang terbaik untuk menjadi pemimpin mereka

    ReplyDelete
  4. Memang benar, jika pemandu ditukar di tengah jalan bagaimana pula nanti dengan pelan2 pembangunan yang telah dirancang oleh seseorang pemimpin tu?pasti banyak yang akan tertangguh dan terbengkalai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah tentu proses pembangunan negara ini terbantut atau bergerak perlahan.. wawasan 2020 sudah tentu tidak akan tercapai..

      Delete
  5. Pemimpin yang berkaliber saja yang harus dipilih untuk menjamin status negara maju dapat dilaksanakan dan berjaya.

    ReplyDelete
  6. Betul juga kalau difikirkan. Kerana ini hanya akan memburukkan keadaan nanti. Pelbagai projek yang dirancang akan tergendala dan terbangkalai kerana pertukaran kerajaan. Maka biarkan selesaikan dahulu apa yang dirancang baru fikiir semua itu.

    ReplyDelete
  7. jangan tukar pemandu ditengah jalan kerana dikhuatiri pemandu yang mengambil alih tugas memandu itu tidak tahu destinasi yang perlu dituju..

    ReplyDelete
  8. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who has only been helming the country for three years, has proven his capability in managing the country well.

    ReplyDelete
  9. Najib entered office as Prime Minister with a focus on domestic economic issues and political reform.

    ReplyDelete
  10. Among the released detainees were two ethnic Indian activists who were arrested in December 2007 for leading an anti-government campaign, three foreigners and eight suspected Islamic militants.

    ReplyDelete
  11. On his first day as Prime Minister, Najib announced as his first actions the removal of bans on two opposition newspapers, Suara Keadilan and Harakahdaily, run by the opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim-led People's Justice Party and the Pan Islamic Party, respectively, and the release of 13 people held under the Internal Security Act.

    ReplyDelete
  12. Najib also pledged to conduct a comprehensive review of the much-criticized law which allows for indefinite detention without trial. In the speech, he emphasized his commitment to tackling poverty, restructuring Malaysian society, expanding access to quality education for all, and promoting renewed “passion for public service.”

    ReplyDelete
  13. He also deferred and abandoned the digital television transition plan of all free-to-air broadcasters such as Radio Televisyen Malaysiaa

    ReplyDelete
  14. There are many programmes that benefited the people that Najib had introduced, such as the 1Malaysia concept, Government Transformation Programme, Economic Transformation Programme, National Key Result Areas and National Key Economic Areas.

    ReplyDelete
  15. Besides that, the Federal Government had also introduced the 1Malaysia Clinic, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) and Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia).

    ReplyDelete
  16. In the case of Sabah, Prime Minister had also channelled a huge allocaton for Sabah including for education, security, health, agriculture, the economy and rural development.

    ReplyDelete
  17. The Barisan Nasional (BN) government had a good track record in terms of achievements, with many development projects and programmes implemented in the interest of the people.

    ReplyDelete
  18. BN have been recognised by visiting foreign leaders who were highly impressed with the country's development and prosperity, as well as harmony among the people.

    ReplyDelete
  19. The BN government would continue to think about and implement more development programmes, as well as fulfil its promises to further develop Sabah.

    ReplyDelete
  20. The coming general election is very important for the future of the country and people.Therefore, don't choose wrongly, don't gamble your future just to serve the personal interests of a certain leader.

    ReplyDelete