Sunday 8 April 2012

JANRY 'DUTA' BANDARAYA KOTA KINABALU

Oleh : S.CONNIE PEARL SUIL

DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah melantik artis, Janrywine J. Lusin sebagai Duta Bandaraya Kota Kinabalu.

Mayor DBKK, Datuk Abidin Madingkir, berkata dengan perlantikan itu, lagu ‘Macam D KK’ kini menjadi lagu tema bandaraya Kota Kinabalu.

Katanya, sebagai duta, Janry akan membantu dan menyebarkan mesej 5K DBKK iaitu kebersihan, keindahan, keselamatan, keteraturan dan kesejahteraan.

“Bagi pihak DBKK, mesej yang disampaikan melalui lagu ‘Macam D KK’ adalah selari dengan usaha kempen yang sedang giat dilaksanakan yang meliputi aspek 5K tersebut.

“Kempen yang telah dan sedang giat dilaksanakan adalah DBKK adalah satu pendekatan asas yang penting dalam misi menambah baik Bandaraya Kota Kinabalu.

“Antara tujuannya adalah untuk memperkenalkan bandaraya ini dimata dunia dalam pelbagai aspek seperti pelancongan, penganjuran aktiviti atau program yang sesuai,” katanya dalam ucapannya sempena pelancaran album ‘Macam D KK’ di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Abidin turut berasa bangga kepada artis Janry yang sudi memilih rumah kebajikan sebagai tempat pelancaran album tersebut.

“Kalau pada kebiasannya seseorang artis yang popular seperti Janry, sudah pasti memilih tempat pelancaran yang eksklusif, namun jelas bukan itu yang menjadi keutamaan artis kita ini,” katanya. (theborneopost)

4 comments:

  1. tahniah atas pelantikan sebagai duta DBKK.

    ReplyDelete
  2. hebatnya boleh jadi duta KK

    ReplyDelete
  3. Dengah kehadiran artis tempatan ini akan dapat membantu menjayakan program 5k ini.

    ReplyDelete
  4. mencipta lagu tidak sama dengan merealisasikan apa yang disampaikan dalam lagu tersebut.. jika DBKK ada usaha kearah itu, bagi saya sudah cukup baik dan patut mendapat pujian..

    ReplyDelete