Wednesday 4 April 2012

JOHN AMBROSE SERAH ISU KDM KEPADA ROS

MANTAN Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia, Datuk John Ambrose menyerahkan isu perlucutan jawatannya daripada KDM kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (R.O.S) negeri Sabah untuk menentukan siapa presiden yang sah.

Katanya, perlucutan jawatannya itu sepatutnya tidak berlaku memandangkan ia tidak melibatkan kehadiran beliau serta Timbalan Presiden KDM Malaysia, Datuk Rubin Balang dalam mesyuarat pimpinan tertinggi yang diadakan baru-baru ini.

Menurutnya, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai pertukaran tarikh mesyuarat itu yang sepatutnya diadakan pada 31 Mac.

“Terdapat pihak tertentu dalam Persatuan itu yang menentang saya…dalam akhbar mengatakan mesyuarat itu dihadir oleh para delegasi dan mereka juga mengatakan KDM Malaysia Penampang juga terbabit dalam mesyuarat itu yang mana perkara itu tidak benar.

“Selain itu mereka belum lagi memberikan jawapan mengenai persoalan yang dikirimkan oleh Setiausaha KDM Penampang,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

John berkata beliau sebenarnya kini dalam perancangan menyerahkan tugas pucuk kepimpinan KDM Malaysia kepada Rubin di masa hadapan tetapi dengan keadaan yang berlaku kini, perkara itu tidak dapat dilakukan.

“Saya hairan bagaimana Datuk Peter Anthony berhak menyuarakan perkara itu… yang berhak menyuarakan perkara itu ialah Naib Presiden III, Datuk Kimjus Duim.

“Kami ingin tahu sama ada kenyataan itu sah dibuat oleh Kimjus atau ia dibuat oleh Peter.

“KDM Malaysia mendapat sokongan daripada masyarakat di Malaysia, namun saya terdengar berita bahawa situasi keadaan dalam KDM kini tidak baik..saya tidak tahu ia disebabkan oleh isu baru-baru ini ataupun isu lain yang tidak diketahui saya.

“Walau bagaimana pun, saya tidak ingin mengomen lanjut mengenai perkara itu dan saya serahkan ROS membuat keputusan dan selepas keputusan diperolehi saya sendiri akan membuat satu sidang Media,” jelasnya.

John kini dalam usaha untuk mendirikan satu Kelab Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Penampang sebelum itu merasmikan persidangan cawangan-cawangan Umno Bahagian Penampang tahun 2012.

Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Penampang, Dato Fredie Suah berkata isu kemelut dalam kepimpinan KDM Malaysia tidak menjejaskan sokongan rakyat Penampang terhadap John.

Katanya, KDM Malaysia adalah satu badan bukan Kerajaan (NGO) dan ia tidak berkait dengan politik.

“kehadiran para ketua cawangan Umno Penampang dalam persidangan itu menjelaskan bahawa sokongan yang diberikan terhadap John tidak pernah luntur.

“Kami juga sentiasa berdiri dibelakang dan menyokong John selaku Ketua Umno Penampang,” katanya.

Menurutnya, apa juga permasalahan yang wujud dalam KDM Malaysia adalah adalah soal peribadi John dan Jawatankuasa KDM Malaysia dan perkara itu akan diselesaikan dalam masa terdekat demi kebaikan bersama.

Fredie menyeru kepada para ahli Umno dan rakan Komponen Barisan Nasional (BN) bahawa Umno Penampang sentiasa berdiri teguh dan berganding bahu untuk pastikan BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum akan datang. (ST)

5 comments:

  1. Bukankah ahli-ahli KDM Malaysia yang akan menentukan siapa presiden mereka?

    ReplyDelete
  2. semoga presiden yang ditentukan adalah yang terbaik.

    ReplyDelete
  3. Presiden yang terbaik harus dipilih sebaik mungkin untuk memimpin KDM M'sia.

    ReplyDelete
  4. Biarkan pihak yang bertanggungjawab menyelesaikannya.

    ReplyDelete
  5. bagaimana KDM Malaysia yang baru sahaja ditubuhkan boleh berhadapan dengan masalah seperti ini??

    ReplyDelete