Monday 2 April 2012

JR10 PENGUNDI UTAMA BN

SAMBUT Azizah disambut mesra sebaik tiba untuk merasmikan merasmikan Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan Pergerakan Wanita dan Perjumpaan Jalinan Rakyat (JR10) Wanita Umno Bahagian Beaufort di Dewan Baru Beaufort.

Oleh : ABDUL BAKAR ESAH

PERGERAKAN Wanita Umno Bahagian Beaufort akan terus bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN dalam PRU-13 akan datang tanpa memilih calon.

Ketuanya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, apapun cabaran yang berada di hadapan, Wanita Umno Beaufort tidak akan lari dari perjuangan dan tanggungjaab terhadap parti.

“Kita mesti terus bekerja tanpa memilih siapa sahaja calon demi kemenangan BN. Fahamilah tanggungjawab kita untuk memenangkan parti.

“Inilah ikrar kita sebagai Wanita Umno, perjuangan kita adalah perjuangan yang ikhlas dan kita berada di mana sahaja diperlukan rakyat. Percayalah apabila niat kita ikhlas dan bekerja dengan ikhlas kita akan menemui kejayaaan,” katanya sambil menekankan betapa pentingnya perpaduan untuk menghadapi PRU-13 yang berhadapan cabaran amat kritikal.

“Kita mesti bersatu bagi memastikan kemenangan cemerlang BN. Kita mesti pastikan kemenangan cemerlangan di Parlimen Beaufort, Dun Klias dan Dun Kuala Penyu. Ini adalah tanggungjawab bersama. Tak cukup dengan hanya bertepuk tangan. Apa yang diperlukan ialah kita mesti turun padang tetapi bukan pada masa pilihanraya sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort Ke-19/2012 dan Perjumpaan Jalinan Rakyat (JR10) Wanita Umno Bahagian Beaufort di Dewan Baru di Beaufort, kelmarin.

IKRAR.....Sebahagian Wanita Umno Beaufort berikrar taat setia kepada parti bagi pastikan kemenangan BN pada PRU-13.

Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia yang juga Naib Ketua Wanita Umno Sabah itu turut menyeru Wanita Umno meneruskan usaha menambah keahlian dalam Umno.

“Selagi masih bergelar wanita umno kita perlu lakukan sesuatu demi kekuatan parti dan kelangsungan perjuangan Umno untuk membela rakyat. Justeru itu teruskan usaha menambah keahlian. Cari jalan secara bijak mendekati mereka yang berada diluar parti. Umnokan orang sekeliling kita,” katanya.

Azizah yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna itu mengingatkan JR10 menjadi pengundi utama untuk BN.

“Jangan hanya pakai baju tapi undi lain. Sematkan dalam hati bahawa kitalah penyokong nombor satu BN,” katanya sambil memberitahu kajian mendapati 67 peratus wanita turun mengundi pada pilihanraya lalu.

6 comments:

  1. moga BN akan terus menerajui kepimpinan Sabah.

    ReplyDelete
  2. Wanita UMNO juga memainkan peranan yang besar dalam menyumbangkan kemenangan kepada BN.

    ReplyDelete
  3. Datuk Seri Musa Aman has emphasised the importance for all UmnoBN members to give total support to any candidate picked by the top leadership for the coming 13th General Election

    ReplyDelete
  4. the struggle in BN is a party struggle and not an individual one, especially in ensuring the coalition wins all State and parliamentary seats, including wresting all seats that were lost to opposition candidates

    ReplyDelete
  5. Nampakn sokongan wanita beaufort terhadap Azizah sememangnya kuat dan tidak berbelah bahagi.

    ReplyDelete
  6. tidak kira siapapun calon, semua ahli perlu memberikan kerjasama sepenuhnya.. jika ada sebarang rasa tidak puas hati, bawa saja perkara itu ke meja perbincangan..

    ReplyDelete