Wednesday 18 April 2012

KAMI MENGHISAP ASTRO?



Saudara Pengarang,

SEMENJAK sebulan lalu kami menerima perkhidmatan ASTRO yang teruk kerana banyak saluran yang tidak ada siaran walau pada hari biasa iaitu ketika hari cerah. Saluran yang langsung tidak diboleh diterima ialah 801, 550, 708, 180 dan banyak lagi.

Yang lebih menyedihkan saluran percuma seperti RTM1, RTM2 dan TV3 tidak dapat diterima walau hari tidak hujan atau mendung. Skrin TV hanya memaparkan 'current channel are not available' apabila dipindahkan ke saluran berkenaan.

Saya ingat perkara ini hanya dialami oleh saya sendiri tapi bila saya bertanya dengan jiran-jiran; mereka juga menghadapi masalah yang sama.

Perkara ini amat mendukacitakan kami kerana kami membayar dengan wang sendiri untuk mendapatka perkhimatan ini. Selain itu mereka akan memotong perkhidmatan kalau lewat membayar. Sedangkan berbulan-bulan kami menerima perkhidmatan yang teruk, 1 sen pun tiada potongan harga dalam bill kami.

Senario ini sangat tidak adil bagi kami selaku pelanggan tetap. Jadi kami menyeru kepada pihak ASTRO memperbaiki perkhidmatan mereka di kampung Tinangol. Jangan sampai penduduk kampung menyindir ASTRO di kampung mereka boleh dihisap dan bukannnya ditonton; kerana ASTRO juga jenama rokok haram di Sabah.

Salam Hormat,

PELANGGAN ASTRO TINANGOL

9 comments:

  1. Bayaran kenalah setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

    ReplyDelete
  2. Jika ASTRO masih gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik, tidak mustahil tuntutan untuk menggunakan parabola akan semakin kuat di kalangan rakyat.

    ReplyDelete
  3. Sudah buat aduan sama Astro ka?

    ReplyDelete
  4. Bagus lagi guna parabola kalau Astro tidak dapat tingkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Ataupun si pengadu boleh cuba gerakkan piring Astro itu. Mungkin terlindung oleh daun2 atau pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal, guna parabola mungkin lebih berbaloi daripada guna Astro

      Delete
    2. moga penggunaan parabola di Sabah akan dibenarkan.

      Delete
  5. Bayar Astro mahal2 tapi perhidmatan pun biarlah berbaloi

    ReplyDelete
  6. Kalau kita lihat bayaran untuk astro sangat tinggi berbanding dengan PARABOLA. Parabola hanya perlu bayar sekali lepas itu bulan-bulan tidak perlu bayar. Siaran tetap hebat dan gangguan pun tidak seteruk ASTRO.

    ReplyDelete
  7. cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan mengajak rakyat Malaysia beramai2 memboikot Astro..

    ReplyDelete