Monday 9 April 2012

KAWASAN DAM PERLUKAN BALAI POLIS

Oleh : SENG HUAT TENG

PARTI Liberal Demokratik Sabah (LDP) merayu agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) membina Balai Polis di Kawasan Dam yang semakin pesat membangun kerana kepesatan pembangunan mengiringi masalah jenayah dan memerlukan kehadiran PDRM bagi mencegah jenayah.

Timbalan Ketua Bahagian LDP Silam, Chong Su Vun ketika menghubungi Sabahkini.net berkata, pihaknya mementingkan keselamatan penduduk Kawasan Dam yang terdedah kepada jenayah kecurian, pergaduhan, pengedaran dadah dan penyeludupan.

"Setakat ini kita berbangga dengan kejayaan polis Lahad Datu, terutama hasil usaha kerja keras OCPD, kawasan Dam mengalami penurunan kes jenayah kecil tetapi akibat terdedah dengan pelbagai kegiatan jenayah, maka kita memerlukan Balai Polis didirikan di kawasan ini," kata Chong yang turut mempelawa Polis membina pondok sementara di Gerai Dam sebelum mendapat keluluskan mendirikan Balai Polis secara kekal.

Menurut Chong, tiba masanya masyarakat berganding bahu mencegah jenayah secara berterusan dan beliau berharap PDRM dalam meningkatkan profesionalisme melalui penambahbaikan logistik, termasuk Balai Polis dan kereta peronda.

Beberapa kejadian rompak, bunuh dan serangan berkumpulan sebelum ini kata Chong turut membimbangkan penduduk Dam kerana terletak bersebelahan kampung setinggan dan sarang PATI yang sebelum ini dikenalpasti sebagai kawasan penempatan penjenayah telibat.

"Walaupun keadaan terkawal, namun dengan adanya Balai Polis, mungkin peniaga di Gerai Dam dapat beroperasi selama 24 jam atau larut malam," ujar Chong yang menerima Pingat Penghargaan daripada PDRM baru-baru ini.

3 comments:

  1. Balai polis diperlukan bagi memastikan kawasan Dam dalam keadaan selamat.

    ReplyDelete
  2. Sediakan segala kemudahan untuk keselesaan dan keselamatan penduduk

    ReplyDelete
  3. Lahad Datu memang ramai PATI.. oleh itu anggota PDRM dan balai polis juga perlu diperbanyakkan sesuai dengan potensi daerah itu untuk menjadi lubuk jenayah..

    ReplyDelete